Seruan Penyatuan Melayu … Tun Mahathir Digesa Jangan Wariskan Perpecahan Politik

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Langkah Tun Dr Mahathir yang mengumumkan jawatankuasa sekretariat orang Melayu bukan sahaja menimbulkan pelbagai persoalan malah memperlihatkan hakikat yang sebenar sejarah sebelum ini. Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin menerusi perkongsian di Facebooknya berkata generasi masa kini tidak seharusnya lagi dibebani dengan perpecahan politik yang sama sekali tidak menguntungkan. “Saya setuju masyarakat Melayu perlu bersatu […]

» Read more

Ketua Wanita UMNO Sabah Gesa Kerajaan Negeri Selesaikan Isu Secara Menyeluruh

KOTA KINABALU, 5 Jun – Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris menyeru Kerajaan Negeri Sabah agar segera tampil menyelesaikan isu kekurangan tempat letak kereta di hospital-hospital utama negeri ini secara menyeluruh, khususnya di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas. Menurut beliau, masalah ketiadaan parkir yang mencukupi bukan lagi isu baharu dan telah berlarutan terlalu lama sehingga menjejaskan kesejahteraan […]

» Read more

Semangat Kebersamaan Jadi Kunci Kejayaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat – Rais Yasin

TANGGA BATU, 5 Jun – Semangat kebersamaan dalam kalangan pemimpin akar umbi, jentera parti dan komuniti setempat menjadi faktor utama kejayaan pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Sungai Udang yang berlangsung dari 18 hingga 30 Jun 2025. Demikian kata Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu merangkap Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin yang melaksanakan Majlis Makan Malam Penghargaan […]

» Read more

Putera UMNO Malaysia Perkukuh Kepimpinan Baharu, Fokus Perkasa Anak Muda – Azman Azeez

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohamad Khairul Azman Abdul Azeez berkata Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah melantik barisan kepimpinan Putera UMNO Malaysia yang baharu dan beberapa exco serta pengurusan yang telah dipilih. Beliau yang juga Ketua Putera UMNO Malaysia menjelaskan bahawa kini dalam proses perbincangan dengan ketua-ketua Pemuda UMNO Negeri-negeri untuk pelantikan pengerusi Putera UMNO […]

» Read more

Dangkal… Jangan Politikkan Isu Tanah Rizab Melayu Di Johor – Mohd Lassim

SRI GADING, 5 Jun – Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Mohd Lassim Burhan, menyelar cadangan Timbalan Pengerusi Amanah Johor yang menggesa Kerajaan Negeri Johor menukar status Tanah Rizab Melayu (TRM) kepada hak milik kekal seperti dilaksanakan di Negeri Sembilan, sambil menyifatkan pandangan itu sebagai dangkal dan tidak memahami realiti serta sensitiviti rakyat Johor. Menurut beliau, Johor mempunyai pendekatan tersendiri […]

» Read more

UMNO Sabah Tegas Tolak Politik Oportunis, Kekal Pertahan Prinsip – Suhaimi

LIBARAN, 5 Jun – UMNO Sabah tidak akan tunduk kepada permainan persepsi politik yang cuba dicipta oleh mana-mana pihak khususnya pihak lawan termasuklah mereka yang disifatkan sebagai tidak berprinsip dan oportunis. Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata demikian dan menegaskan bahawa UMNO Sabah tidak gentar untuk bersuara walaupun bersendirian, namun tetap konsisten memperjuangkan […]

» Read more

Transformasi Agenda MARA, Fokus Peluang Baharu di UK Dan Jerman – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Ramai pihak melahirkan rasa terkejut susulan pengumuman Majlis Amanah Rakyat (MARA) berhubung keputusan untuk menghentikan sementara penghantaran pelajar baharu ke Amerika Syarikat. Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas penelitian terhadap dasar dan polisi terkini Kerajaan Amerika Syarikat yang kini dilihat semakin ketat dan tidak menentu, khususnya dalam aspek halangan […]

» Read more

Mantai Perdana Parlimen Jempol Bawa Manfaat Kepada Rakyat – Shamsulkahar

JEMPOL, 5 Jun – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli meluahkan kesyukuran dapat melaksanakan program Mantai Perdana bersama Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Masjid Tuanku Muhriz dan masyarakat dalam Parlimen ini. Menurutnya, program sebegini dapat meringankan serta memberi peluang kepada penduduk mendapatkan daging pada harga yang berpatutan iaitu RM25 sekilogram selepas subsidi sebanyak RM10. “Syukur Alhamdulillah berjaya dijalankan program Mantai […]

» Read more

Malaysia–Thailand Perkukuh Kerjasama Tangani Isu Banjir Di Sempadan Sungai Golok

GENEVA, 5 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand, Tuan Yang Terutama Anutin Charnvirakul, sempena Eight Session of the Global Platform for Disaster Risk Reduction yang berlangsung di Geneva. Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Zahid membangkitkan isu limpahan air luar biasa di […]

» Read more

UMNO Terus Diperkasa, Sekolah Patriotik Lonjak Nasionalisme Belia – Suhaimizan Bizar

KUALA LUMPUR, 5 Jun – UMNO terus menunjukkan nafas baharu apabila penyertaan anak muda semakin meningkat dalam pelbagai cawangannya di seluruh negara, khususnya selepas mesyuarat cawangan yang diadakan baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar berkata bahawa penambahan ahli baharu, terutama dalam sayap Pemuda dan Puteri UMNO, menjadi petanda jelas kebangkitan dalam kalangan generasi muda. Katanya, sambutan […]

» Read more
1 521 522 523 524 525 2,473