UMNO Main Peranan Pembinaan Negara – Mahdzir Khalid

PENGERANG, 14 Julai – Kesederhanaan perjuangan UMNO yang tidak berpaksikan kepada ekstremis membolehkan parti itu bukan sahaja kekal ke hari ini malah memainkan peranan penting dalam pembinaan negara. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata UMNO yang lahir di Johor pada 11 Mei 1946 merupakan detik bersejarah permulaan perjuangan orang Melayu yang kini sudah melebihi 79 tahun. […]

» Read more

Pemuda UMNO Gesa Titah Adendum Dilaksana, Tolak Pertikaian

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan pengakuan oleh Peguam Negara berhubung kewujudan Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai sesuatu yang amat mengejutkan, lebih-lebih lagi selepas pelbagai polemik dan penafian yang timbul sebelum ini. Ketuanya, Dr. Akmal Saleh berkata, Pemuda UMNO menyambut baik pengakuan tersebut dan menegaskan bahawa titah berkenaan wajar segera dilaksanakan tanpa sebarang alasan […]

» Read more

Jangan Takut, Ahli UMNO Mesti Agresif Tolak Mainan Persepsi Pihak Lawan

PENDANG, 13 Julai – Ahli parti mesti agresif mempertahankan parti daripada sebarang cemuhan pihak lawan, tegas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Kata Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang, ahli jangan takut melawan setiap mainan persepsi dan sentimen yang ditimbulkan oleh mereka. Menurutnya lagi, negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu turut menerima tempias apabila […]

» Read more

Wanita UMNO Hormati Titah Agong, Mohon Laksana Tahanan Rumah Buat Najib

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Wanita UMNO Malaysia hari ini menyatakan rasa syukur atas pengesahan kewujudan Titah Addendum oleh Peguam Negara baru-baru ini, yang memperakui arahan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Menerusi satu kenyataan rasmi, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad, merafak sembah dan memohon ihsan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia […]

» Read more

UMNO Parti Solusi, Selesaikan Masalah Rakyat – Azalina

PENGERANG, 13 Julai – Tanpa akar, pokok tidak akan mampu berdiri tegak dan begitu jugalah dengan UMNO bahagian Pengerang  yang terus konsisten dengan kekuatan di akar umbi, kata Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO seterusnya berkata kekuatan akar umbilah yang membolehkan UMNO Pengerang terus bergerak dan seterusnya berkhidmat sebaiknya untuk masyarakat […]

» Read more

Agenda UMNO Mengupayakan Orang Melayu, Komunikasi Parti Perlu Diperkukuh

PULAU PINANG, 13 Julai – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selain berpegang teguh kepada prinsip dan idealogi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, UMNO sentiasa segar dalam agenda mengupayakan orang Melayu. Ini juga katanya selaras dengan hasrat Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu orang Melayu khususnya anak-anak muda tidak tercicir dan tersisih […]

» Read more

Jangan Mudah Terperangkap Mainan Politik Lagakan Kepimpinan UMNO – Mohd Hairi

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah menegaskan pelbagai tohmahan liar termasuklah usaha untuk melaga-lagakan kepimpinan serta ahli pelbagai peringkat di dalam parti harus ditolak secara total. Bagi beliau usaha berkenaan tidak lebih hanya sekadar untuk melemahkan parti berkenaan dan asas perjuangan UMNO yang telah membentuk jati diri ahli UMNO dilihat boleh menjadi penghalang […]

» Read more

UMNO Cawangan Tiang Seri Perjuangan Parti, Kekal Teguh – Aminuddin

JITRA, 13 Julai – Akar umbi yang diterajui Ketua-ketua UMNO Cawangan adalah tiang seri kepada perjuangan parti dan kekal teguh setia sehingga kini, ujar Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu Datuk Aminuddin Omar. Katanya, walau dalam apa jua keadaan sama ada ketika senang atau susah, mereka tetap setia mempertahankan parti tanpa sedikit pun mengalah bahkan terus menggerakkan Cawangan dengan penuh tanggungjawab. […]

» Read more

UMNO Belajar Dari Kesilapan, Jangan Biar Sejarah Berulang – Megat Zulkarnain

SELAYANG, 13 Julai – Pengerusi UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin menegaskan bahawa kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu bukan sahaja berpunca daripada penolakan rakyat, tetapi lebih mendukacitakan apabila terdapat pengkhianatan dalam kalangan ahli parti sendiri. Menurut beliau, tindakan segelintir ahli yang sanggup menikam parti dari dalam telah menjadi punca utama kepada keruntuhan keyakinan rakyat terhadap […]

» Read more

‘Tok Ajak’ Sifatkan Bersidang Bukan Sekadar Mesyuarat … Perkukuh Perjuangan

KOTA MELAKA, 13 Julai – Ketua UMNO Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata kehadiran perwakilan pada mesyuarat UMNO bahagian berkenaan bukan sekadar untuk bermesyuarat, tetapi lebih jauh daripada  itu untuk memperkukuh tekad dan semangat perjuangan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas seterusnya berkata Ini bukan perkara kecil malah  merupakan satu bentuk pengorbanan masa, tenaga, […]

» Read more
1 498 499 500 501 502 2,494