Politik Gaya Baharu PN, Calon PRK Dari Parti ‘Pastu’… Lompat Ke PPBM Daripada Pas – Gulam Muszaffar

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim menyifatkan Perikatan Nasional (PN) sengaja mahu mempermainkan rakyat apabila membuat helah baharu yang dinamakan politik gaya baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Neggiri. Beliau berkata demikian ekoran PN yang menamakan ahli PPBM, Mohd Rizwadi Ismail iaitu bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua […]

» Read more

Pemergian Ismail Haniyeh… Kehilangan Besar Dunia Islam – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Ketua Hamas, Ismail Haniyeh merupakan kehilangan besar buat dunia Islam. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa Haniyeh sentiasa memberikan nasihat dan semangat kepadanya untuk terus memberi sumbangan tidak mengira masa. “Tiada kata yang dapat menggambarkan kesedihan hati saya hari ini apabila menerima perkhabaran […]

» Read more

UMNO Beaufort Realitikan Keluarga Besar Dalam Parti, Rakam Takziah Buat Keluarga Mohd Fadzrus

KUALA PENYU, 31 Julai – Kebersamaan dalam satu keluarga besar UMNO direalisasikan oleh Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat yang berkunjung menziarahi keluarga ahli jawatankuasanya, Mohd Fadzrus Wahid yang kehilangan ibu baru-baru ini. Awang Aslee telah berkunjung ke rumah keluarga terbabit dan mengucapkan takziah pada keluarga Wahid Kapal iaitu ayahanda Mohd Fadzrus. Terdahulu, ibu Mohd Fadzrus, Allahyarhamah Fatimah […]

» Read more

PADU Wajar Dimanfaatkan Bantu Rakyat Yang Layak Terima Bantuan – Azhar

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Cakna dengan nasib rakyat yang kurang bernasib baik mendorong Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Azhar Ahmad untuk bertanya kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkenaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Menurut beliau, PADU ini penting bagi memastikan rakyat yang berkelayakan mendapat bantuan sewajarnya daripada kerajaan. “PADU telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada Januari lalu mendapat […]

» Read more

TPM, Menteri Kabinet Ucap Selamat Hari Pahlawan

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Barisan Jemaah Menteri dalam hantaran menerusi media sosial masing-masing hari ini mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pengorbanan besar mereka menjaga kesejahteraan negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jasa dan pengorbanan para pahlawan yang telah berjuang demi […]

» Read more

PRK Nenggiri: Calon PPBM Hanya ‘Copy And Paste’ Pas – Mustapha

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Calon PPBM yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (Nenggiri) hanyalah ‘copy and paste’ kepada calon Pas, kata Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub. Tegasnya, pucuk pimpinan Pas telah menipu ahli dan para penyokongnya apabila mengizinkan Timbalan Ketua Pemudanya keluar daripada parti untuk menyertai PPBM dan kemudian diangkat sebagai calon. “Ada […]

» Read more

UMNO Bahagian Kota Belud Kemuka Usul Keadilan Buat Najib

KOTA BELUD, 31 Julai – Usul pembebasan dan keadilan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara yang dibawa pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Belud untuk diajukan ke peringkat yang lebih tinggi. Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan Norjan berkata, UMNO bahagian itu malah masyarakat setempat masih merasai kesedihan ekoran ketiadaan bekas pemimpin yang telah menabur bakti […]

» Read more

Akar Umbi Parti Diseru Bawa Naratif Kebaikan, Beri Penerangan Sewajarnya Kepada Rakyat – Suraya

LIPIS, 31 Julai – Akar umbi parti diseru untuk untuk memainkan peranan masing-masing dalam membawa naratif kebaikan yang diketengah parti termasuk melalui info-info daripada Penerangan UMNO Malaysia, kata Setiausahanya Datuk Suraya Yaacob. Beliau berkata ini termasuk mendapatkan maklumat dengan mudah menerusi pelbagai platfrom disediakan parti bagi memberikan pencerahan kepada rakyat terutama perkembangan pemimpin parti dalam mendekati rakyat. “Tugas kita melangkaui […]

» Read more

PRK Nenggiri: Peluang UMNO/BN Kembalikan Maruah Dan Sokongan Rakyat – Saifullah Ali

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menjadi medan yang cukup penting bagi UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk mengembalikan maruah parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhammad Saifullah Ali. Jelas beliau, kepentingan PRK DUN Nenggiri tidak boleh dipandang enteng dan akan menjadi penanda aras penting bagi […]

» Read more

Sayap UMNO Perlu Komited Mainkan Peranan Perkukuh Parti – Bung Moktar

SANDAKAN, 31 Julai – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta seluruh sayap UMNO agar memainkan peranan untuk menyuburkan parti melalui usaha-usaha yang dilakukan masing-masing. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan berharap Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO dapat menawarkan idea baharu yang kreatif termasuk penyelesaian kepada isu-isu utama kerana generasi muda memerlukan pencerahan dan pendekatan yang […]

» Read more
1 352 353 354 355 356 2,039