Hadir Kerana Penuhi Jemputan, Tanda Sokong Kerajaan Perpaduan – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 7 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menolak dakwaan kehadiran beliau bersama rombongan BN Sabah ke Himpunan Perdana Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat di Dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad sebagai petunjuk kerjasama BN bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang. Menurut beliau yang […]

» Read more

Peranan Martabat Islam Tanggungjawab Kerajaan, Tanpa Mengenal Parti Yang Mentadbir

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Peranan memartabatkan agama Islam adalah tanggungjawab kerajaan, tanpa mengenal parti yang mentadbir, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh. Beliau berkata ia bukan perihal ‘lebih Islam’ daripada orang lain. “Ini bukan mahu tunjukkan siapa lebih Islam tetapi tanggungjawab sebagai pemimpin negara Islam yang perlu memartabatkan agama islam tidak kira kerajaan mahupun pembangkang,” katanya. […]

» Read more

Kita Mahu Pilih Calon Yang Boleh Beri Khidmat, Teruskan Gerak Kerja Menangkan BN – Azalina

GUA MUSANG, 7 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berharap seluruh jentera parti terus melaksanakan pelbagai perancangan yang telah disusun dengan sebaiknya dalam usaha memastikan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Menurut beliau walaupun calon berkenaan mempunyai kekuatan tersendiri dan mempunyai pakej […]

» Read more

Ahmad Maslan Optimis Kemenangan BN Di PRK Nenggiri, Azmawi Calon Tepat

GUA MUSANG, 6 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan optimis dengan peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri. Menurutnya, banyak permintaan rakyat telah ditunaikan sebelum penamaan calon, menunjukkan keprihatinan kerajaan pusat terhadap kehendak penduduk tempatan. “Saya melihat beberapa perkara permohonan rakyat dapat diselesaikan sebelum penamaan calon. Kebanyakan kehendak rakyat […]

» Read more

Nasib Orang Asli Sengsara Di Bawah Kerajaan Pas, 34 Tahun Kemusnahan Nenggiri – Syahbuddin

GUA MUSANG, 6 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim menuntut penjelasan dari Kerajaan Pas untuk berterus terang dengan rakyat Nenggiri mengenai kelulusan sebenar yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri untuk meneroka tanah hutan di Ulu Nenggiri. Tegasnya, di saat Pas Kelantan atau kerajaan negeri mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka adalah sebuah kerajaan yang telus dan […]

» Read more

Jentera Penerangan Perlu Berfungsi Sebaiknya, Tepis Isu Dimainkan Pihak Lawan – Awang Aslee

BEAUFORT, 6 Ogos – Jentera penerangan di setiap peringkat perlulah berfungsi sebaiknya agar segala isu negatif yang dimainkan oleh pihak lawan dapat ditepis dan ditangani. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, jentera penerangan perlulah mengambil inisiatif untuk memberikan penjelasan kepada para pengundi mengenai isu-isu dibawa pihak pembangkang. “Apabila saudara sekalian berada di kawasan masing-masing, berikanlah penjelasan kepada […]

» Read more

Wanita UMNO Diseru Manfaatkan Media Sosial, Sebarkan Maklumat Gerak Kerja Parti – Rosni

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari menyeru wanita akar umbi untuk memanfaatkan media sosial untuk menyebarkan maklumat berkenaan gerak kerja parti. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran berkata penyebaran info-info berkaitan parti dan kepimpinna penting bagi memastikan ahli UMNO dan rakyat memahami aspirasi parti dalam membawa perjuangannya. “Kita minta kerjasama supaya […]

» Read more

Jalaluddin Mahu Jadikan Negeri Sembilan Hub Pengeluaran Durian

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berhasrat mahu menjadikan negeri ini sebagai hub pengeluaran durian. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang berkata ia akan memberi manfaat kepada orang kampung dalam harga buah durian yang bakal dikomersialkan. “Pada 22 Julai 2024 yang lalu saya telah menyatakan impian agar Negeri Sembilan […]

» Read more

Syarikat Pembinaan Jangan ‘Pilih Bulu’, Utamakan Tenaga Mahir Tempatan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Semua syarikat pembinaan diingatkan agar tidak ‘pilih bulu’ dan perlu mengutamakan tenaga mahir tempatan dalam melantik pekerja sektor berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kerajaan akan menanggung kerugian dalam jangka masa panjang sekiranya sektor pembinaan terus bergantung kepada pekerja asing. “Pihak […]

» Read more

Wanita UMNO Dukacita Pemergian Sharifah Azizah, Serahkan Kekosongan Kerusi Kepada MKT – Noraini

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berharap semua pihak menghormati pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini. Beliau berkata segala perbicangan membabitkan kekosongan kerusi DUN terbabit diserahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan pihak pengurusan tertinggi parti. “Dalam tempoh […]

» Read more
1 344 345 346 347 348 2,037