Ada Kewajaran Peperiksaan UPSR Dan PT3 Diadakan Semula – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Ada kewajaran bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang dimansuhkan pada tahun 2022, untuk dikembalikan semula. Mantan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peperiksaan tersebut sebelum ini telah terbukti menjadi teras kepada aspek kemenjadian murid. “Saya berpandangan bahawa kedua-dua peperiksaan UPSR dan PT3 itu ada nilainya yang tersendiri dan […]

» Read more

PRK Mahkota: Perancangan Dan Penetapan Awal Mudahkan Gerak Kerja Wanita – Haslinda

KLUANG, 17 Sept – Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis, Haslinda Salleh berkata perancangan dan penetapan awal gerak kerja yang ditetapkan lebih awal memudahkan tugas jentera Wanita dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang itu, pembahagian tugasan Wanita UMNO bahagian-bahagian dari seluruh negeri Johor dan negeri angkat di setiap Pusat […]

» Read more

UMNO Labuan Terus Aktif Laksana Gerak Kerja Demi Rakyat

LABUAN, 17 Sept – Usaha bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan demi kehidupan yang lebih selesa sentiasa dilaksana oleh UMNO Labuan dengan mengaktifkan gerak kerja turun padang dan mendengar keluhan mereka lantas mencari jalan bagi menyelesaikan permasalahan yang ada. Ketuanya, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata, rakyat sememangnya memerlukan saluran untuk menjadi jambatan antara mereka dengan kerajaan maka UMNO adalah wadah […]

» Read more

Syed Hussien Calon Tepat, Yang Penting Jangan Terlalu Selesa Dan Keluar Mengundi

KLUANG, 17 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah satu keputusan yang tepat. Walaupun begitu ujar Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu, BN tidak boleh […]

» Read more

Azalina Titip Pesan Pertahankan Kedaulatan Negara

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menitipkan pesanan kepada para pelajar Malaysia yang berada di luar negara agar sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia dan terus mengharumkan nama negara di mana sahaja berada. Azalina yang juga Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi kini dalam lawatan kerja ke London dan Paris berhubung kes tuntutan Sulu telah […]

» Read more

Tak Lokek Bertemu, Syed Hussien Anggap Orang Mahkota Keluarga Besar

KLUANG, 17 Sept – Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota terus mendekati pelbagai lapisan masyarakat bagi memperkenalkan diri sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Katanya, tidak sukar untuk bersama dengan masyarakat di sini kerana beliau sudah dikenali oleh kebanyakkan penduduk setempat Kluang. “Saya agak mesra dengan mereka kerana yang pertamanya […]

» Read more

Anak Muda Bersama UMNO/BN, Onn Hafiz Sampaikan Aspirasi Angkat Agenda Belia

KLUANG, 16 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini meluangkan masa bersama anak muda dalam menyampaikan aspirasi parti dan negeri bagi mengangkat agenda martabat golongan tersebut. Beliau yang juga Menteri Besar Johor berkata, kerajaan negeri komited dalam melaksana agenda yang menfokuskan kepada golongan ini termasuk membuka peluang pekerjaan dan ekonomi dengan kewujudan Zon Ekonomi […]

» Read more

Azleen Seru Golongan Muda Mahkota Bersama Gemilangkan Masa Depan Johor

KLUANG, 16 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Noor Azleen Ambros menyeru golongan muda yang mewakili lebih separuh daripada pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota agar bersama memajukan masa depan negeri itu dengan lebih gemilang. Menerusi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan itu sekarang, Noor Azleen berkata pihaknya akan menyampaikan mesej-mesej dan meyakini golongan tersebut bahawa […]

» Read more

‘UMNO Bawa Penyatuan Cerdik Pandai Melayu Raih Kemerdekaan’ – Azhar

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Bersempena bulan kemerdekaan negara yang masih disambut oleh rakyat Malaysia ketika ini, Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad mengajak rakyat untuk sama-sama menghayati perjuangan pemimpin UMNO terdahulu dalam membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan pihak asing. Jelas beliau ini kerana penubuhan UMNO itu sendiri adalah bagi membawa penyatuan kepada orang Melayu untuk memastikan kata […]

» Read more

Tolak Politik Tohmahan, Jaga Keharmonian Bangsa Johor – Onn Hafiz

KLUANG, 16 Sept – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi menegaskan agar semua pihak untuk menepis politik tohmahan dalam mengharungi kempen dua minggu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Jelas beliau ini kerana tatasusila sebagai bangsa Johor perlu kekal dijaga bagi memastikan keharmonian kekal terpelihara dalam kalangan rakyat di negeri ini. “Politik sebegitu saya […]

» Read more
1 293 294 295 296 297 2,039