Monsun Timur Laut: Arahan NADMA No.1 Jadi Panduan Untuk Kurangkan Risiko, Impak Bencana

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Arahan Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) No.1 menjadi panduan utama dalam pengurusan bencana untuk mengurangkan risiko dan impaknya kepada negara ketika menghadapi musik Monsun Timur Laut. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dalam persediaan menghadapi Monsun Timur Laut 2024/2025 pada Khamis. “Semasa di Kota […]

» Read more

Lawatan Negara Anwar Ke Pakistan Raih Potensi Perdagangan RM2.65 Bilion – Tengku Zafrul

ISLAMABAD, 4 Okt – Lawatan negara tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan berjaya meraih potensi perdagangan bernilai RM2.65 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata Pakistan turut memberikan komitmen untuk meningkatkan import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan juga import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia serta oleokimia. […]

» Read more

MoU Persefahaman: Keengganan Pembangkang Satu Kerugian Kepada Pengundi – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Keengganan pembangkang untuk berunding Memorandum Persefahaman (MoU) dengan baik bukan sahaja menunjukkan sikap sombong, tetapi juga membawa kerugian yang amat ketara kepada pengundi mereka. Exco Wanita UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun berkata, pengundi yang sepatutnya mendapat manfaat daripada perbincangan dan kerjasama antara kedua-dua pihak kini terpaksa berdepan dengan kelewatan dan ketidakpastian. Jelas beliau, sekiranya pembangkang […]

» Read more

PRK Mahkota Jadi Bukti Rakyat Mahu Kestabilan, Tolak Politik Kebencian – Mohd Zaidy

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, menegaskan bahawa rakyat kini menginginkan kestabilan dan kemakmuran dalam menghadapi cabaran politik semasa. Katanya, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabtu lalu menjadi bukti bahawa politik kebencian yang sering diaplikasikan oleh pembangkang ditolak, terutamanya selepas beberapa siri PRK yang menunjukkan […]

» Read more

Kunjungan Hormat: Semoga Hubungan Malaysia-Sri Lanka Terus Berkembang Kukuh – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengharapkan agar hubungan diplomatik yang terbina di antara Malaysia dan Sri Lanka terus berkembang kukuh. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Presiden UMNO telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Colombo, Sri Lanka, Badli Hisham Adam pada Selasa. “Saya turut menerima kunjung […]

» Read more

Syed Hussien Angkat Sumpah ADUN Mahkota

ISKANDAR PUTERI, 3 Okt – Syed Hussien Syed Abdullah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota yang baharu, pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 hari ini. Majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Speaker Dewan, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Syed Hussien, dipilih sebagai ADUN Mahkota yang baharu pada 28 September lalu, selepas memenangi Pilihan Raya […]

» Read more

UMNO Labuan Komited Salur Bantuan, Jadi Wadah Antara Rakyat Dan Kerajaan

LABUAN, 3 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, menegaskan komitmen parti untuk terus berusaha membantu rakyat tidak pernah pudar malah terus diaplikasi setiap masa dengan melaksanakan pelbagai gerak kerja. Ujar beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, UMNO adalah parti yang lahir dari rakyat maka segala pelaksanaan juga adalah untuk rakyat, dengan tekad […]

» Read more

Delegasi BN Ke China: Input menarik, Rapatkan Persahabatan Dua Hala

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Kunjungan delegasi Barisan Nasional (BN) Ke China sempena 50 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara tembok besar itu memberikan pelbagai input yang cukup menarik selain pelbagai perkara yang memberi manfaat kepada delegasi yang hadir. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang yang juga Ketua Wanita UMNO Tanjung Malim, Salina Samsudin berkata umumnya pelbagai teknologi terkini dapat […]

» Read more

Pasca-PRK Mahkota: Visi Pembangunan Tambat Hati, Pengundi Muda Dan Atas Pagar Sokong BN – Saifullah Ali

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhammad Saifullah Ali berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota isyarat jelas bahawa parti itu masih memiliki sokongan yang signifikan, terutama dalam kalangan pengundi Melayu, orang muda, dan pengundi atas pagar. Menurutnya, calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO […]

» Read more

Ahmad Zahid Mengadakan Pertemuan Dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif. Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata banyak perkara yang dibincangkan dan Maimunah turut membawa pelbagai idea serta aspirasi untuk kesinambungan pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan warga Kuala Lumpur. “Insya-Allah, saya akan terus […]

» Read more
1 273 274 275 276 277 2,039