UMNO Zahir Penghargaan Pada Pengundi Atas Kemenangan Besar PRK DUN Mahkota

 KUALA LUMPUR, 7 Okt – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menzahirkan penghargaan kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota atas kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini. Demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas keputusan ini dibuat dalam mesyuarat yang dilaksanakan malam ini dengan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk […]

» Read more

Hubungan BN-China: Program Menarik… Boleh Diteruskan Pada Masa Akan Datang

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Exco Puteri UMNO, Shaninah Sani@Johor berharap program antara dua negara sepertimanakunjungan delegasi Barisan Nasional (BN) Ke China baru-baru ini yang diadakan sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan negara berkenaan perlu diteruskan pada masa akan datang. Bagi beliau program berkenaan amat memberangsangkan malah memberi kelebihan bukan sahaja kepada mereka yang menyertai delegasi tersebut tetapi juga […]

» Read more

Kejayaan Di Mahkota Jadi Pemangkin… Terus Berkhidmat, Berusaha Perbaiki UMNO/BN

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota perlu dijadikan pemangkin untuk terus berkhidmat dan berusaha memperbaiki parti agar dijadikan pilihan rakyat pada masa akan datang. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Segambut, Mu’izz Nasruddin berkata, kemenangan tersebut turut berjaya mengukuhkan kedudukan BN disamping mendapat pengiktirafan rakyat kepada kepimpinan yang […]

» Read more

Perpaduan Akan Bantu ASEAN Lebih Kompetitif Di Persada Global – Tengku Zafrul

VIENTIANE, 7 Okt – Malaysia menggariskan tiga strategi utama untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi ASEAN memandangkan pengembangan global dijangka menjadi lemah dalam keadaan inflasi yang tidak menentu, peningkatan ketegangan geopolitik dan juga pemecahan geoekonomi. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata strategi pertama adalah ASEAN meneroka sepenuhnya potensi perdagangan dengan ekonomi strategik dan sedang pesat […]

» Read more

Laksanakan Amanah, Kerajaan Perpaduan Iktiraf JPKKP Di Sabah – Bung Moktar

TENOM, 7 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan tidak timbul isu dari mana-mana pihak di negeri ini yang kononnya tidak mengiktiraf pewujudan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) kerana ia diiktiraf oleh Kerajaan Perpaduan. Sehubungan itu, beliau berkata mereka yang telah menerima watikah pelantikan sebagai pengerusi JPKKP perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah […]

» Read more

Syed Hussien Berbesar Hati Santuni Warga Mahkota

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah berbesar hati menyantuni nenek berusia 93 tahun, nenek Kamariah yang merupakan penduduk di kawasan berkenaan. Kunjungan itu dilakukan Syed Hussien selepas mendapat maklumat bahawa nenek tersebut meluahkan kesyukuran dengan kemenangannya melalui kaedah tradisional. “Sebelum ini saya ada dapat satu komen daripada Facebook ada seorang mak […]

» Read more

Sentuh Sensitiviti Agama… Mohd Puad Gesa Haramkan Penganjur ‘Red Dress Run’

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa pihak berwajib untuk mengharamkan penganjur ‘Red Dress Run’. Ini kerana katanya, berikutan insiden yang berlaku pada Ahad, program larian tersebut telah merosakkan imej Johor Darul Takzim. “Sepatutnya Hash House Harriers diharamkan terus jadi penganjur apa sahaja aktiviti di Malaysia khususnya di Johor. Itu […]

» Read more

Kerjasama Baharu Pendidikan Mampu Jana Kecemerlangan Akademik – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kerjasama baharu pendidikan di Negeri Pahang mampu membawa kemajuan dalam kecemerlangan bidang akademik, penyelidikan dan inovasi di samping menyediakan peluang berharga untuk komuniti institusi pendidikan tinggi yang terlibat. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerjasama pendidikan antara Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) […]

» Read more

Keputusan UMNO Sabah Sentiasa Secara Konsensus, Bukan Kepentingan Peribadi – Suhaimi

KOTA KINABALU, 7 Okt – UMNO Sabah tampil memperbetulkan kenyataan yang mendakwa hanya Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menarik diri bagi menyokong Kerajaan Negeri Sabah sebelum ini sebaliknya ia dibuat secara konsensus. Menurut Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, kenyataan ini mengelirukan dan boleh memberikan persepsi negatif terutamanya di kalangan ahli-ahli UMNO di negeri ini […]

» Read more

UNISEL Sertai MTUN, Buka Lebih Banyak Peluang Pembelajaran Untuk Generasi Muda – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pengiktirafan UNISEL sebagai salah sebuah universiti dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dapat memperluaskan peranannya dalam bidang tersebut. Menurut beliau ia sekaligus membuka lebih banyak peluang pembelajaran dan kemahiran untuk generasi muda. “Saya telah mengumumkan bahawa UNISEL secara rasminya diiktiraf sebagai salah sebuah universiti dalam […]

» Read more
1 270 271 272 273 274 2,039