Akar Umbi Sentiasa Pertahan Perjuangan UMNO… Demi Agama, Bangsa, Tanah Air – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yakin bahawa akar umbi akan sentiasa mempertahankan perjuangan parti supaya agenda membela agama, bangsa dan tanah air diteruskan. Jelasnya, UMNO Bahagian Padang Serai menjadi destinasi ke-53 untuk Sesi Jelajah Akar Umbi UMNO di seluruh negara yang diadakan pada Sabtu. “Pagi ini saya bertolak seawal jam 5.00 pagi […]

» Read more

Konflik Di Laut Cina Selatan: Kerajaan Tegas Jaga Kedaulatan, Kepentingan Negara – Mohamad

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan bahawa kerajaan sentiasa memberikan perhatian terhadap isu di Laut China Selatan, sambil menegaskan bahawa kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa dijadikan teras utama dalam setiap tindakan yang diambil. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata ini kerana isu berkaitan Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks, sensitif dan perlu […]

» Read more

Kita Bantu Sebaiknya… Perancangan Masa Depan Elak Banjir Turut Diambil Kira – Rozabil

ARAU, 14 Okt – Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir di beberapa kawasan, UMNO setempat bersama dengan sukarelawan yang lain tampil membantu sedaya upaya bagi meringankan beban mangsa banjir yang terlibat. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis yang juga Ketua UMNO Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata beberapa pendekatan jangka pendek telah diambil antara lain menghulurkan keperluan makanan dan sebagainya. […]

» Read more

UMNO Putrajaya Tak Banyak Alasan, Inisiatif Bersama Rakyat Tetap Dilaksana

PUTRAJAYA, 14 Okt – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan, memaklumkan bahawa inisiatif bagi mendekati rakyat dan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan perhatian tidak pernah terhenti sebagaimana menjadi aspirasi parti. Ujarnya yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, biarpun kerusi Parlimen Putrajaya bukan lagi milik UMNO/Barisan Nasional (BN) tetapi itu bukan alasan untuk memastikan perjuangan […]

» Read more

Pelbagaikan Strategi Pelaburan, Perdagangan Pastikan Ekonomi Malaysia Terus Berdaya Tahan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata sebagai sebuah negara dagang yang aktif dan terbuka Malaysia sentiasa berpegang kepada dasar ‘tidak bersekutu’ dengan mana-mana negara blok ekonomi mahupun blok ketenteraan dalam menangani isu-isu geopolitik semasa. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, disebabkan itu sebarang ketegangan geopolitik antarabangsa […]

» Read more

Bajet 2025: Perkembangan Syiar Islam Tentunya Jadi Keutamaan Kerajaan – Dusuki

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Perkembangan syiar Islam sudah tentunya menjadi keutamaan kerajaan dalam memartabatkan pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di negara ini, kata Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dusuki Ahmad. Menurut beliau ini kerana ia sebagai bukti kepada komitmen yang menunjukkan keseriusan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menegakkan panji Islam. “Saya amat yakin dan percaya […]

» Read more

Parlimen: Kerajaan Komited Tangani Akaun Keldai – Azalina

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan kerajaan komited untuk menangani akaun keldai yang menggunakan akaun bank syarikat. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata ia melalui pindaan yang dibuat kepada Kanun Keseksaan [Akta 574] memandangkan takrifan ‘orang’ termasuk juga syarikat ataupun mana-mana entiti korporat. “Sekiranya bank […]

» Read more

Pahang Negeri Terkini Terjejas Banjir… Ahmad Zahid Ingatkan Semua Pihak Berwaspada

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak untuk berwaspada memandangkan Pahang menjadi antara negeri terbaru yang terjejas akibat bencana banjir. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat turut berharap agar semua pihak mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan. “Sehingga jam 6.00 pagi tadi, Pahang menjadi antara negeri terbaru […]

» Read more

UMNO Beaufort Aplikasi Pembangunan Masyarakat, Angkat Kesedaran Kesihatan Wanita

BEAUFORT, 14 Okt – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat menegaskan bahawa UMNO sentiasa mendukung apa-apa juga program yang memberi manfaat kepada rakyat, termasuk isu berkaitan kesihatan dan wanita. Katanya, dengan inisiatif seperti ini, UMNO Bahagian Beaufort tentunya akan dapat memberikan sokongan yang berterusan kepada masyarakat secara holistik termasuklah wanita bagi membantu mereka menguruskan kesihatan dan kesejahteraan dalam […]

» Read more

Veteran UMNO Sambut Baik Hasrat Kerajaan Untuk Laksanakan Semula GST

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub menyambut baik dan mengalu-ngalukan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan semula sistem cukai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Menurut beliau perakuan Perdana Menteri bahawa sistem itu adalah yang terbaik dan telus sememangnya ditunggu-tunggu sejak sekian lama setelah beliau menjawat jawatan tersebut. “Beliau yang memperjuangkan ketirisan didalam […]

» Read more
1 263 264 265 266 267 2,038