KESUMA Teliti Kerangka Perlindungan Sosial Baharu – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Timbalan Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata buat masa ini akta-akta yang ditadbir oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah merupakan skim insurans sosial komprehensif terutama bagi golongan pekerja yang berpendapatan rendah. Pada masa yang sama katanya KESUMA melalui PERKESO sedang meneliti kerangka perlindungan sosial baharu untuk memberi perlindungan keselamatan sosial 24 […]

» Read more

Mohamad Wakili Malaysia Dalam Mesyuarat CHOGM Ke-27 Di Samoa

PUTRAJAYA, 24 Okt – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Persidangan Ketua-Ketua Negara/Kerajaan Komanwel Ke-27 (CHOGM 2024) dari 24 hingga 26 Okt 2024 di Apia, Samoa. Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar Negeri yang turut dikenali sebagai Wisma Putra berkata, Mohamad akan mengetengahkan kepentingan bagi mengukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangan, […]

» Read more

UMNO Lahad Datu Siap Sedia Hadapi PRN Sabah, Sharif Musa Tegaskan Keutamaan Untuk Parti

LAHAD DATU, 24 Okt – Dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi, Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul, menekankan pentingnya semua jentera dan ahli parti bersedia menggempur dan berjuang untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) demi kelangsungan UMNO Sabah. Katanya, walaupun penggal penuh Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir pada […]

» Read more

Lawatan Kerja: Ahmad Zahid Hadir Majlis Makan Malam Rakan ASEAN, Sesi Dialog

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah hadir ke majlis makan malam bersama rakan ASEAN dan sesi dialog sempena lawatan kerjanya ke Brunei, pada Rabu. Beliau yang juga Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa majlis tersebut turut disertai oleh rakan-rakan pemimpin ASEAN dari China, Jepun dan Korea. “Malam tadi, […]

» Read more

Isu Harga Tiket Penerbangan Mahal Antara Sabah Ke Semenanjung Malaysia, Bung Moktar Gesa Kerajaan Kawal

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Isu tiket penerbangan antara Sabah ke Semenanjung Malaysia yang disifatkan terlalu tinggi berbangkit semula di Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat semalam turut menyentuh isu ini. Beliau melahirkan kebimbangan mengenai kos tinggi penerbangan dari Sabah ke Semenanjung Malaysia […]

» Read more

Tahap Kesediaan Kuala Lumpur Bagi Kepengerusian ASEAN 2025 Dibincangkan Hari Ini

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan membincangkan mengenai tahap kesediaan Kuala Lumpur bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, memandangkan isu banjir kilat masih belum diselesaikan dan boleh menjejaskan imej serta persiapan negara untuk acara berkenaan. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, perkara berkenaan dikemukakan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) kepada […]

» Read more

UMNO Perkukuh Agenda Islam Melalui Sistem Pendidikan Negara – Dusuki Ahmad

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia, Datuk Dusuki Ahmad berkata peranan penting pendidikan agama dalam membentuk sahsiah dan nilai moral pelajar yang dicetuskan oleh kepimpinan UMNO semasa berkerajaan telah melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab dan beretika. Menurut beliau, Perlembagaan negara, wadah dan agenda Islam yang diperjuangkan oleh pimpinan UMNO telah memberikan kedudukan yang kukuh terutamanya Islam […]

» Read more

‘Cukup-cukuplah Berpolitik… Pas Makin Tiada Modal’ – Azhari

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari menyifatkan Pas sebagai tiada modal apabila sering menggunakan agama demi kepentingan politik mereka. Menurutnya ini kerana mereka berulang kali menunggang elemen agama dalam meraih sokongan rakyat. Malah yang terbaharu apabila Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjadikan nama Allah dan Rasulullah SAW […]

» Read more

Tubuh Organisasi Melibatkan Kanak-Kanak Perlu Ikut Garis Panduan, Tegas Azalina

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mana-mana pihak yang mahu menubuhkan organisasi melibatkan kanak-kanak perlu mengikut garis panduan. Katanya ini kerana, penglibatan kanak-kanak dalam mana-mana organisasi perlu mendapat pemantauan yang lebih terperinci daripada kerajaan. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata demikian terhadap pendedahan salah […]

» Read more

Penyelarasan Subsidi RON95 Perlu Pertimbangan Teliti – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Penyelarasan subsidi RON95 tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa dan memerlukan pertimbangan yang teliti terhadap kesannya kepada rakyat. Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, beliau menyokong penyelarasan subsidi tersebut dilakukan untuk menjamin kelestarian kewangan negara bagi jangka masa panjang. “Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan menyentuh soal penyelarasan subsidi RON95 yang disebutkan oleh Perdana […]

» Read more
1 251 252 253 254 255 2,036