Malaysia Belajar Pelbagai Aspek Pengurusan Bencana Menerusi AMMDM – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 25 Okt – Malaysia telah berpeluang belajar pelbagai aspek pengurusan bencana daripada negara ASEAN termasuk China, Jepun dan Korea, menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) kali ke-12 yang diadakan di Brunei, bermula semalam hingga 25 Oktober. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai perkongsian daripada negara-negara berkenaan, amat bermanfaat kepada Malaysia walaupun negara tidak […]

» Read more

Forum 50 Tahun Malaysia-China: Malaysia Perlu Kekal Neutral Tanpa Korban Kedaulatan – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Malaysia perlu kekal neutral tanpa mengorbankan kedaulatan dan kepentingan nasional meskipun berdepan dengan pertembungan geopolitik serta geo-ekonomi, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menghadiri Forum 50 Tahun Hubungan Malaysia-China anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Rabu. […]

» Read more

Syed Hussien Terus Khidmat Bakti Untuk Mahkota, Santuni Anak Muda Dan Peniaga

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah terus melaksanakan gerak kerja sebaiknya dalam menyampaikan aspirasi beliau kepada rakyat. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kluang menerusi laman Facebook berkongsi pergerakannya dalam menyantuni rakyat dan akar umbi parti melalui pelbagai program dan pengisian. Melalui perkongsiannya beliau menghadiri mesyuarat UMNO Bahagian Kluang yang pertama kali […]

» Read more

Kementerian Sentiasa Kenal Pasti Kaedah Pembinaan Terkini – Timb Menteri Kerja Raya

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengenalpasti pembinaan kaedah secara Modular (Modular Construction) dan Pra Fabrikasi (Pre Fabricated) selain daripada Sistem Binaan Berindustri (Industrialised Building System/IBS) bagi meningkatkan produktiviti melalui kaedah pembinaan yang terkini dan termaju. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kaedah pembinaan secara modular […]

» Read more

AMMDM: Pengintegrasian Dasar Inklusif Dalam Pengurusan Bencana ASEAN – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 24 Okt – Malaysia menekankan kepentingan pengintegrasian dasar inklusif dalam rangka kerja pengurusan bencana ASEAN untuk membina komuniti yang lebih berdaya tahan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Penekanan tersebut disampaikan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) kali ke-12 yang diadakan di Brunei, bermula semalam hingga esok (25 Okt). “Selain itu, Malaysia juga akan […]

» Read more

UMNO Sipitang Teruskan Program Ziarah Kasih Demi Rakyat

SIPITANG, 24 Okt – Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Abdul Rahman Mohd Noh, meneruskan program ziarah kasih dengan tujuan menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada masyarakat di sekitar Zon Ulu Sipitang serta beberapa kampung berdekatan. Ujarnya, program ini adalah inisiatif UMNO untuk memastikan setiap rakyat menerima perhatian dan bantuan yang sewajarnya. “Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan yang padu […]

» Read more

Kekangan Dunia Akademik Institusi Awam: Akta 605 Diteliti Dan Diperhalusi – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beberapa langkah telah diambil bagi melihat beberapa kekangan dalam dunia akademik di negara ini termasuklah Akta Badan-Badan Berkanun Tatatertib dan Surcaj 2000 (Akta 605). Menurut beliau penelitian berkenaan bagi membolehkan Intitusi Pengajian Tinggi Awam tidak terikat dalam menyampaikan pandangan serta pendapat masing-masing dalam sebarang kenyataan yang […]

» Read more

RM450,000 Diperuntuk Untuk Kurangkan Masalah Banjir Di Lenggong – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Sebanyak RM450,000 telah diperuntukkan untuk mengurangkan masalah banjir di Lenggong terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan. Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, peruntukan tersebut adalah untuk melaksanakan beberapa kerja penting bagi mengatasi masalah tersebut. “RM450,000 diperuntukan untuk melaksanakan kerja-kerja penting di beberapa kawasan […]

» Read more

KESUMA Teliti Kerangka Perlindungan Sosial Baharu – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Timbalan Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata buat masa ini akta-akta yang ditadbir oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah merupakan skim insurans sosial komprehensif terutama bagi golongan pekerja yang berpendapatan rendah. Pada masa yang sama katanya KESUMA melalui PERKESO sedang meneliti kerangka perlindungan sosial baharu untuk memberi perlindungan keselamatan sosial 24 […]

» Read more

Mohamad Wakili Malaysia Dalam Mesyuarat CHOGM Ke-27 Di Samoa

PUTRAJAYA, 24 Okt – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Persidangan Ketua-Ketua Negara/Kerajaan Komanwel Ke-27 (CHOGM 2024) dari 24 hingga 26 Okt 2024 di Apia, Samoa. Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar Negeri yang turut dikenali sebagai Wisma Putra berkata, Mohamad akan mengetengahkan kepentingan bagi mengukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangan, […]

» Read more
1 250 251 252 253 254 2,036