RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen Dibentang Bagi Bacaan Kali Pertama

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 dan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bertujuan mereformasi institusi dan penambahbaikan terhadap institusi demokrasi utama negara iaitu Parlimen, dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Isnin. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata, bacaan kedua bagi […]

» Read more

Akta Pembaharuan Bandar Perlu Utamakan Penduduk – Pemuda UMNO Bandar Tun Razak

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak sedia maklum berkenaan pengenalan Akta Pembaharuan Bandar (Urban Renewal Act) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ketuanya, Mohd Zamri Zainal Abidin berkata akta ini mempunyai potensi untuk menyusun semula pembangunan bandar dengan lebih teratur dan meningkatkan kualiti kehidupan penduduk bandar. Jelasnya, pelaksanaannya perlu disemak secara teliti agar ia […]

» Read more

Rais Yasin Santuni Rakyat Menerusi Program Ziarah Kasih Demi Rakyat

MELAKA, 24 Feb – Exco Kerajaan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin meneruskan agenda menyantuni dan membantu rakyat menerusi Program Ziarah Kasih. Ujarnya, program ini dianjurkan bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Paya Rumput serta Wanita UMNO Cawangan Paya Rumput yang bertujuan menyalurkan bantuan serta meninjau sendiri keperluan dan permasalahan rakyat setempat. “Bermula […]

» Read more

Kompetensi Guru Dalam Keperluan Digital… Manndzri Dapatkan Penjelasan Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib hari ini bertanya berkenaan sejauh mana strategi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendepani perkembangan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di negara ini. Beliau juga bertanya kompetensi guru menerusi bidang digital yang menjadi semakin penting sebagai peneraju dalam memperkenalkan teknologi dan menggunakan alat digital dalam pengajaran mereka. “Peranan guru dalam memanfaatkan ruang […]

» Read more

JoW Bawa Perkhidmatan Guaman Langsung Ke Pintu Rumah Masyarakat – Azalina

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Justice on Wheel (JoW) dirangka untuk membawa perkhidmatan guaman secara langsung ke pintu rumah masyarakat, kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia memaklumkan bahawa program JoW telah dilaksanakan di Sabah pada tahun lalu menyaksikan 28 program di lima daerah. […]

» Read more

Tok Mat Hasan Turun Padang Santuni Masyarakat Rembau

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Timbalan Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan telah turun padang pada Ahad untuk menyantuni masyarakat Rembau. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan 2025 kepada masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota dan Chembong di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau. “Alhamdulilah, saya […]

» Read more

Pengurusan Dana Awam, Kes Buli Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Pengurusan dana awam dan kejadian buli di Maktab Tentera Diraja antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng memandangkan Laporan Ketua Audit Negara masih […]

» Read more

PRK Ayer Kuning: Ahmad Zahid Harap SPR Ambil Kira Ramadan Tetapkan Tarikh

TAWAU, 24 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil kira bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN), pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan […]

» Read more

34 Tahun UMNO Sabah Bukan Tempoh Singkat – Bung Moktar

TAWAU, 23 Feb – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata perjalanan perjuangan UMNO di negeri itu selama 34 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Malah kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, tempoh berkenaan memperlihatkan kekuatan yang ada dalam menempuh pelbagai cabaran hingga UMNO mampu bertahan ke hari ini. “34 tahun bukan perjalanan singkat.Dalam tempoh ini UMNO […]

» Read more

Kita Tidak Janjikan ‘Setinggi Langit’ – Ahmad Zahid

TAWAU, 23 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak akan menjanjikan pelbagai perkara yang tidak boleh dilaksanakan apatah lagi janji ‘setinggi langit’. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri seterusnya berkata sebaliknya apa yang dijanjikan adalah berpaksikan kepada kepentingan rakyat yang harus diselesaikan. “Kita tidak akan janjikan setinggi langit tetapi masalah asas harus diselesaikan…Lebuh […]

» Read more
1 146 147 148 149 150 2,040