RMMJ Bukan Sekadar Janji, Kerajaan Johor Pastikan Rakyat Terima Kunci Rumah

ISKANDAR PUTERI, 7 Ogos – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuhkan komitmennya dalam memastikan rakyat memiliki kediaman yang selesa dan berkualiti apabila Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor turun padang meninjau sendiri kemajuan projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Taman Nusa Sentral, semalam. Lawatan tersebut turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad; […]

» Read more

Agenda Transformasi TVET Diperkukuh Menerusi Pasukan Petugas Strategik TVET 2.0

PUTRAJAYA, 7 Ogos – Agenda transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara diperkukuh menerusi penubuhan Pasukan Petugas Strategik TVET 2.0 2026-2035 bersama 10 Jawatankuasa Strategik TVET, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata pasukan petugas dan jawatankuasa itu akan menerajui pelaksanaan inisiatif TVET secara lebih tersusun, menyeluruh […]

» Read more

Pendaftaran Keahlian UMNO Terus Meningkat, Anak Muda Dominasi Ahli Baharu

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Sambutan terhadap pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila lebih 18,000 permohonan baharu direkodkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, dengan majoritinya melibatkan golongan muda berusia antara 18 hingga 25 tahun. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkembangan itu membuktikan semakin ramai rakyat, khususnya generasi muda, memilih […]

» Read more

Onn Hafiz Bersuara Demi Pesakit, Jangan Diputarbelitkan – Hasrunizah

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan menegaskan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berhubung isu kekurangan doktor di Hospital Pasir Gudang tidak seharusnya diputarbelitkan sehingga dilihat sebagai serangan terhadap petugas kesihatan. Ujarnya, apa yang dibangkitkan Menteri Besar adalah suara rakyat dan realiti yang telah sekian lama dihadapi Hospital […]

» Read more

BN Hasrat Pertahan 21 Kerusi Dimenangi Sebelum Ini Di Melaka – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 Ogos – Barisan Nasional (BN) berhasrat mempertahankan kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 tidak lama lagi. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hasrat itu dimaklumkan sendiri kepadanya oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. “Ketua Menteri selaku Pengerusi BN Melaka telah […]

» Read more

Kesihatan Rakyat Bukan Bahan Politik, Jangan Salahkan Onn Hafiz – Haslinda Salleh

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Exco Wanita UMNO Malaysia, Haslinda Salleh menegaskan tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membangkitkan isu kekurangan tenaga kerja di Hospital Pasir Gudang (HPG) bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya menjadi suara rakyat yang mahukan penyelesaian segera terhadap masalah yang telah berlarutan. Jelasnya, adalah tidak adil apabila ada pihak cuba memutarbelitkan kenyataan Menteri Besar […]

» Read more

Persaingan Politik Di Negeri Tidak Jejaskan Kestabilan Kerajaan Persekutuan – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 Ogos – Persaingan politik di negeri-negeri tidak akan menjejaskan kestabilan di peringkat Persekutuan kerana Kerajaan Perpaduan dibentuk berasaskan persefahaman dan perjanjian yang akan terus kekal sehingga Parlimen dibubarkan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkembangan politik susulan pilihan raya negeri, termasuk di Johor dan Negeri Sembilan, tidak akan mengubah hala tuju pentadbiran Kerajaan MADANI […]

» Read more

MoU Kerjasama Pertahanan 2023… ‘Roadmap’ Perkukuh Hubungan Malaysia-Vietnam

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Memorandum persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan 2023 akan terus menjadi ‘roadmap’ dalam memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Vietnam ke tahap yang lebih strategik. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hubungan pertahanan kedua-dua negara amat baik dan Malaysia telah menganggap Vietnam sebagai rakan yang dipercayai serta diyakini. “Mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, TYT Lê Minh Hưng, […]

» Read more

BN, UMNO Tidak Kompromi Jika Ada Pihak Pecah Amanah, Salah Tadbir Tabung Haji – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak akan berkompromi jika mana-mana pihak didapati terlibat pecah amanah atau salah tadbir Lembaga Tabung Haji (TH), kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata jika benar terdapat individu atau kumpulan terlibat menyeleweng atau melakukan salah tadbir dalam organisasi kerajaan dan badan berkanun, […]

» Read more

Kesihatan Rakyat Johor Bukan ‘Wayang’, Kerajaan Persekutuan Perlu Bertindak Segera

JOHOR BAHRU, 6 Ogos – UMNO Negeri Johor menegaskan bahawa usaha memperjuangkan isu kesihatan rakyat di negeri ini bukanlah satu bentuk ‘wayang’ politik, sebaliknya lahir daripada rasa tanggungjawab untuk memastikan rakyat Johor terus menerima perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan efisien. Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah berkata, parti itu menyokong penuh pendirian Menteri Besar Johor berhubung isu Hospital […]

» Read more
1 … 116 117 118 119 120 … 2,516