Awie Ikrar Beri Khidmat Kepada Rakyat Tanpa Mengira Warna Politik

GUA MUSANG, 18 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berikrar untuk menjadi wakil rakyat kepada semua penduduk di kawasan itu tanpa mengira kaum dan perbezaan politik. Lebih mesra dengan panggilan ‘Awie,’ beliau berkata tanggungjawab itu pastinya akan digalas sebaik mungkin kerana telah dipilih sebagai […]

» Read more

Mohamad Hasan Pesan Kepada Awie Selamat Berkhidmat, Jalankan Amanah

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan selamat berkhidmat dan menjalankan amanah dengan sebaiknya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri yang baharu Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani. “Selamat berkhidmat dan menjalankan amanah kepada #BudokAwie Azmawi Fikri,” kata Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO dalam satu hantaran di Facebok. Suruhanjaya Pilihan Raya […]

» Read more

Timo Kasih Oghe Nenggiri! Amanah Kita Dari Rakyat Untuk Rakyat – Azalina

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – “Timo kasih oghe Nenggiri! Amanah kita, dari rakyat, untuk rakyat!” Demikian kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Seri Azalina Othman Said mengucapkan terima kasih kepada rakyat khususnya pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang telah memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu. Katanya lagi, kemenangan yang diperolehi merupakan […]

» Read more

Kemenangan Bersama… Syukur Ke Hadrat Allah SWT, Amanah Buat Jentera Parti

GUA MUSANG, 17 Ogos – Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menzahirkan kesyukuran di atas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Katanya, dengan kemenangan BN di DUN Nenggiri ini, beliau memohon semua jentera tempatan dan bahagian-bahagian melakukan sujud syukur ke hadrat Illahi. “Malam ini saya meminta semua jentera parti sujud […]

» Read more

Ahmad Zahid Syukur BN Menang Di Nenggiri, Raikan Penuh Tawadhu’

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan penuh kesyukuran atas kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri hari ini. “Syukur Alhamdulillah. Tiada ungkapan lebih besar dapat saya ungkapkan selain Engkaulah Yang Memberikan Kekuasaan Ya Allah,” katanya. Ujar Ahmad Zahid yang juga […]

» Read more

BN Rampas Semula DUN Nenggiri, PRK Pertama Kerusi Penyandang Bertukar Tangan

GUA MUSANG, 17 Ogos – Keputusan tidak rasmi Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini. Sehingga dilaporkan, Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani  mendapat undi 8,494 mengalahkan calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail yang mewakili PN, 5,111 undi.  Azmawi menang dengan majoriti  3,383 undi. Kejayaan BN mengambil […]

» Read more

PRK Nenggiri: Pengundi Mahu Suara Rakyat Didengari

GUA MUSANG, 17 Ogos – Pelbagai reaksi wajah dapat dilihat di kalangan para pengundi yang datang ke pusat pembuangan undi di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Kecil (PRK). Bilangan pengundi yang hadir dan pusat pengundian yang dibuka bermula jam 8.00 pagi tadi berlangsung dalam keadaan yang amat baik dan proses […]

» Read more

PRK Nenggiri: Awie Tunai Tanggungjawab, Seru Pengundi Terus Keluar Mengundi

GUA MUSANG, 17 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani selesai membuang undi pagi tadi bersama isteri di Pusat Daerah Mengundi Bertam Lama. Beliau yang tiba bersama isterinya di Tadika Sri Bakawali, Bertam Lama menunaikan tanggungjawab berkenaan bersama pengundi yang lain pada PRK Neggiri yang berlangsung hari […]

» Read more

DUN Nenggiri: Pengundian Berjalan Lancar, Pengundi Tunai Tanggungjawab

GUA MUSANG, 17 Ogos – Suasana hari pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sehingga tengah hari menyaksikan suasana yang seimbang membabitkan pengundi muda dan warga emas untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Beberapa pusat pengundian yang dibuka bermula jam 8.00 pagi tadi berlangsung dalam keadaan yang amat baik dan proses pengundian lancar dengan dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Berdasarkan tinjauan […]

» Read more

Pengundi DUN Nenggiri Pilih Wakil Rakyat Baharu Hari Ini

GUA MUSANG, 17 Ogos – Seramai 20,216 pengundi akan menunaikan tangggungjawab masing-masing hari ini bagi memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Tepat 8 pagi ini, sebanyak 20 pusat mengundi dengan 46 saluran dibuka untuk proses pengundian dan ditutup secara berperingkat antara 2 dan 6 petang. Empat pusat mengundi akan ditutup pada 2 […]

» Read more
1 2 3 4 5 16