Teruskan Sokong Calon BN, Jangan Terperangkap Apa-apa Tohmahan Pembangkang – Saarani

KLUANG, 15 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menasihatkan para pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk tidak terperangkap dengan apa-apa tohmahan yang sengaja diada-adakan oleh pihak pembangkang. Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata demikian lantaran tempoh berkempen membuka tirainya semalam dengan perarakan lebih 15,000 jentera parti mengiringi […]

» Read more

Kerajaan Negeri Dan Pusat Seiring Bangunkan DUN Mahkota – Onn Hafiz

KLUANG, 15 Sept – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pelbagai usaha sama ada yang telah dilaksanakan atau dalam perancangan di negeri itu melibatkan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Oleh kerana itu kata Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota itu, kemenangan BN sebagai wakil Kerajaan Perpaduan amat penting untuk kepentingan rakyat […]

» Read more

PRK Mahkota: Tok Mat Hasan Pesan Jentera Jangan Ambil Mudah Kemenangan Lalu

KLUANG, 15 Sept – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berpesan kepada jentera agar jangan mengambil mudah dengan kemenangan besar parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Kata Timbalan Presiden UMNO itu, selain menyantuni pengundi, jentera juga mesti menjaga tata tertib serta berhemah dalam berkempen. “Jentera mesti menyantuni seramai mungkin […]

» Read more

Terjemahkan Sokongan Kepada BN, Undi Syed Hussien – Noraini

KLUANG, 14 Sept – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berharap pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dapat menterjemahkan sokongan mereka kepada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 28 September ini. Jelas beliau, ini kerana Syed Hussien, 40, sebagai pemimpin yang mewakili BN sudah tentunya akan melaksanakan […]

» Read more

Pilih BN, Beri Peluang Syed Hussien Untuk Berkhidmat – Onn Hafiz

KLUANG, 14 Sept – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru seluruh seluruh rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk menyokong dan memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah untuk berkhidmat kepada warga setempat di sini. Beliau yang terdahulu telah bersama-sama mengiringi Syed Hussien untuk penamaan caalon melahirkan kesyukuran kerana segala proses berjalan lancar. “Syukur […]

» Read more

PRK Mahkota Sekali Lagi Perlihat Kerjasama Erat Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

KLUANG, 14 Sept – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sekali lagi memperlihatkan kerjasama erat antara parti politik dalam Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kerjasama antara parti itu terserlah di siri PRK sebelum ini apabila jentera parti saling membantu parti yang bertanding. […]

» Read more

Syed Hussien Hargai Dukungan Jentera BN, Fokus Khidmat Terbaik

KLUANG, 14 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah merakamkan penghargaan kepada jentera Barisan Nasional (BN) yang memberikan dukungan kepadanya pada proses penamaan calon yang berlangsung hari ini. Jelas beliau, ia memberikan suntikan semangat kepada dirinya untuk melaksanakan gerak kerja terbaik bagi menghadapi tempoh dua minggu berkempen. […]

» Read more

Syed Hussien Calon Terbaik BN, Ada Kelebihan Tarik Sokongan Pengundi Mahkota – Ahmad Zahid

KLUANG, 14 Sept – Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah yang diketengahkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mempunyai kelebihan tersendiri dalam meraih sokongan pengundi, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut Pengerusi BN itu, selain sebagai pemimpin muda, Syed Hussien juga mempunyai latar belakang pendidikan di sekolah Cina yang turut […]

» Read more

PRK Mahkota: Pertembungan BN Dan PN

KLUANG, 14 Sept – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 Sept ini, menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas, manakala PN meletakkan bekas pemain bola sepak Johor Mohamad Haizan […]

» Read more

#MahkotaKita: Lautan Biru… Lebih 15 Ribu Penyokong Parti Iringi Calon BN

KLUANG, 14 Sept – Gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota bermula hari ini dengan proses penamaan calon berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini. Seawal jam 7 pagi, penyokong dan jentera Barisan Nasional (BN) dan parti Kerajaan Perpaduan mula berhimpun di sepanjang Jalan Hashim – Jalan Mengkibol, sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan keselamatan. […]

» Read more
1 12 13 14 15 16 19