HAWA Lestari Sahut Kempen ‘Johor Bersih’, Timbulkan Kesedaran Masyarakat Cintai Kelestarian Alam

KLUANG, 20 Sept – Johor Bersih merupakan antara kempen Kerajaan Negeri Johor pimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi di bawah Teras Kelima Agenda Maju Johor iaitu Keselamatan, Kebersihan dan Alam Sekitar. Rentetan itu, HAWA Lestari menyahut seruan kerajaan negeri itu dengan mengadakan kempen kesedaran dan memupuk semangat cintai kebersihan dan kelestarian alam untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Bertempat […]

» Read more

Menangkan BN Untuk Mahkota, Realisasikan Agenda Maju Johor 2030 – Mohd Jafni

KLUANG, 20 Sept – Exco Kerajaan Negeri Johor (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Mohd Jafni Md Shukor menekankan pentingnya calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah mengekalkan kemenangan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 28 Sept depan. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulai merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata […]

» Read more

HAWA Lestari: Kluang Attack Pelopor Program Kelestarian Alam Sekitar, Fokus Kitar Semula – Shahrizat

KLUANG, 20 Sept – Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata program HAWA Lestari: Kluang Attack adalah pelopor kepada program kelestarian alam sekitar dan fokus kepada pengumpulan barangan kitar semula. Ujar Shahrizat, kempen tersebut perlu diperhebatkan dan dipopularkan agar akhirnya dapat mendidik masyarakat pentingnya mengurangkan penghasilan bahan sisa dan penyertaan setiap anggota […]

» Read more

Perkasa Usahawan, Perumahan Fokus Syed Hussien Jika Diberi Mandat

KLUANG, 20 Sept – Aspek perumahan dan pembangunan usahawan antara fokus yang akan diketengahkan calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah jika diberi mandat oleh pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota 28 Sept ini. Syed Hussien, 40, berkata dua aspek itu penting untuk kesejahteraan rakyat, selain membawa impak ekonomi, selari dengan agenda diketengahkan kerajaan […]

» Read more

Kempen Bersemuka, Media Sosial Mantapkan Kempen Wanita UMNO/BN

KLUANG, 19 Sept – Wanita Barisan Nasional (BN) meneruskan gerak kerja mendekati rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, kata Naib Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Norshida Ibrahim. Ini termasuk menerusi pendekatan Wanita yang telah dilaksanakan sejak sekian lama iaitu Jalinan Rakyat (JR). Menurut Norshida, gerak kerja JR tidak lekang bergerak dari rumah ke rumah bagi […]

» Read more

Jangan ’Over Confident’, Teruskan Bekerja Pastikan Rakyat Keluar Mengundi – Ahmad Maslan

KLUANG, 19 Sept – Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Barisan Nasional (BN) DUN Mahkota, Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan anggota jentera parti agar tidak berasa selesa dengan apa yang berlaku sepanjang kempen sebaliknya teruskan bekerja. Ujarnya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, jentera pelbagai lapisan peringkat UMNO/BN perlu terus bekerja sehingga ke peringkat akhir bagi memastikan calonnya, […]

» Read more

PRK Mahkota: ‘Annuar Musa Jangan Main Sentimen Murahan Untuk Tagih Undi’

KLUANG, 19 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin kesal dengan tindakan Tan Sri Annuar Musa yang acap kali memainkan sentimen murahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK). Katanya, terkini berkenaan satu majlis tahlil khas yang kononnya akan diadakan dengan kerjasama keluarga Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang sengaja dimuat naik oleh Annuar melalui hantaran […]

» Read more

Pilih Wakil Rakyat Berkredibiliti Jadi Mata, Telinga… Mampu Teruskan Pembangunan

KLUANG, 19 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berharap pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk matang memilih wakil rakyat yang berkredibiliti membawa agenda pemerkasaan di kawasan terbabit. Katanya, ini kerana sebagai calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah daripada parti yang mentadbir di peringkat negeri dan Persekutuan sudah tentunya mempunyai akses dalam […]

» Read more

Mahkota Cerminan Realiti Pelbagai Bangsa, Terus Bekerja Demi Kemenangan BN – Mohd Zaidy

KLUANG, 19 Sept – Jentera-jentera Perpaduan yang bekerja di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota perlu memastikan calon Barisan Nasional (BN) menang bagi membuktikan bahawa penerimaan rakyat terhadap tawaran kestabilan dan kemakmuran yang diaplikasi diterima dengan baik. Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir yang turut sama membantu dalam kempen […]

» Read more

SUA Berpuas Hati Kesungguhan Jentera Untuk Pastikan Kemenangan BN Di Mahkota

KLUANG, 19 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk daripada parti-parti Perpaduan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ini. Kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu, jentera tempatan mahupun angkat memperlihatkan kesungguhan dalam mendampingi seramai mungkin pengundi tanpa […]

» Read more
1 9 10 11 12 13 19