‘Elakkan Pakatan Berasaskan Kepentingan Politik Jangka Pendek’ – Salleh

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Bendahari UMNO Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak berpandangan sesebuah pakatan politik perlu dibina atas visi jelas, dasar kukuh dan kestabilan jangka panjang untuk mentadbir dengan berkesan. Beliau yang juga Bendahari UMNO Sabah berkata walaupun jumlah kerusi penting untuk membentuk kerajaan, namun pakatan yang hanya bergantung pada survival […]

» Baca lanjut

Dekatkan Diri Dengan Al-Quran, Jadikan Panduan Hidup – TPM

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Umat Islam perlu mendekatkan diri dengan kitab suci al-Quran, tadabbur atau menghayati makna ayat-ayatnya dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bersempena Nuzul Quran yang disambut esok, Ahmad Zahid berharap umat Islam terus istiqamah menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup serta mewariskan kefahaman dan kecintaan terhadap kitab […]

» Baca lanjut

Kerajaan Perlu Berfungsi Dengan Baik, Selesaikan Masalah Asas Rakyat Sabah – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 17 Mac – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menegaskan bahawa kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu lebih serius dalam menyelesaikan masalah asas rakyat. Dalam hal ini, beliau mengambil maklum kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yang mempertahankan pentadbiran kerajaan GRS sebagai kerajaan yang berjaya, sedangkan realiti di lapangan menunjukkan sebaliknya. Menurut […]

» Baca lanjut

Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru: Era Baharu Pengangkutan Rel di Johor

JOHOR BAHRU, 17 Mac – Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) kini memasuki fasa pelaksanaan penuh dengan perkhidmatan tren elektrik (ETS) mula beroperasi secara berperingkat. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menyatakan bahawa perkhidmatan ETS di Segamat telah bermula pada 15 Mac, diikuti Labis pada bulan April, Kluang pada bulan Mei, sehingga ke Johor Bahru pada bulan September. […]

» Baca lanjut

Iftar Bersama Orang Asli Erat Hubungan Kekeluargaan – ADUN Johol

JOHOL, 17 Mac – Majlis Iftar Ramadan bersama masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Air Lerek, Johol berlangsung dengan meriah sebagaimana tujuannya mengeratkan silaturahim antara komuniti selain menyemarakkan semangat perpaduan dalam bulan Ramadan. Majlis dimulakan dengan sesi berbuka puasa secara beramai-ramai sebelum diteruskan dengan solat tarawih di Surau Air Lerek dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang […]

» Baca lanjut

Ahmad Maslan Berbesar Hati Buka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan meneruskan khidmat bakti bersempena Ramadan apabila berbesar hati turun padang untuk sama-sama berbuka puasa dalam program khas yang diadakan baru-baru ini. Dilaksanakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat DUN Pulai Sebatang ini dilaksanakan bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan pemimpin masyarakat bersempena dengan […]

» Baca lanjut

Tuduh UMNO Sabah… Jangan Cakap Ikut Sedap Hati Jika Kail Panjang Sejengkal – Awang Aslee

BEAUFORT, 17 Mac – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, menempelak pihak yang sering menuduh UMNO Sabah sebagai Parti Malaya namun dalam masa yang sama memerlukan sokongan dan bantuan daripada parti di Pusat. Beliau menegaskan bahawa UMNO Sabah bukan sekadar entiti politik yang bergantung kepada parti lain tetapi sebaliknya memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah, malah, […]

» Baca lanjut

Saarani Ke Bidor, Sampaikan Bantuan ‘Meriah Beraya Sejahtera Bersama’

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah ke Bidor, Tapah untuk menyampaikan bantuan sempena Program ‘Meriah Beraya Sejahtera Bersama’ pada Ahad. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa sebanyak RM1.35 juta telah diperuntukkan untuk program tersebut membabitkan 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). “Turun ke Bidor menyerahkan bantuan Program ‘Meriah Beraya Sejahtera Bersama’ […]

» Baca lanjut

Terus Teguh, Transformasi UMNO Untuk Kekal Relevan – Norshida

JOHOR BAHRU, 17 Mac – Naib Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Norshida Ibrahim, menegaskan bahawa UMNO tidak berada di ‘hujung nyawa’ seperti yang didakwa, tetapi sebaliknya sedang melalui fasa pemulihan dan transformasi bagi memastikan ia kekal relevan dalam arena politik negara. Dalam satu kenyataan Norshida mengakui bahawa parti itu sedang menghadapi cabaran besar, namun menegaskan bahawa UMNO masih mempunyai akar […]

» Baca lanjut

Jalaluddin Alias Hulur Bantuan kepada Asnaf dan Warga Emas

JELEBU, 17 Mac – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, telah menyerahkan bantuan kepada 765 penerima dalam DUN terbabit. Menurut Datuk Seri Jalaluddin, inisiatif ini bertujuan untuk membantu masyarakat, terutama menjelang sambutan Aidilfitri, agar mereka dapat merayakannya dengan lebih ceria dan selesa. Beliau juga menekankan kepentingan […]

» Baca lanjut
1 70 71 72 73 74 1,867