Teliti Semula Permohonan Pelajar Cemerlang SPM Gagal Ke IPT – TPM Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 18 Jun – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diminta meneliti semula permohonan mana-mana pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal menempatkan diri ke institusi pengajian tinggi (IPT). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keperihatinan dan keadilan perlu diberikan kepada mereka tanpa mengira kaum kerana mereka bukan sahaja cemerlang dalam peperiksaan tetapi merupakan harapan ibu […]

» Read more

Persidangan UMNO: Naratif Baharu, Zahir Kesatuan Untuk Bangkit Semula

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Persidangan UMNO peringkat bahagian yang telah bermula pada 9 Jun lalu diharap bakal dapat melahirkan naratif baharu dalam menzahirkan kesatuan untuk bangkit semula. Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain berkata, meskipun diuji pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan 15 yang lalu, UMNO masih ditakdirkan menjadi kerajaan untuk mengimbangi pentadbiran […]

» Read more

Kerajaan Johor Ambil Berat Masyarakat Pelbagai Peringkat – Exco Kerajaan Negeri

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Kerajaan Negeri Johor sentiasa mengambl berat kebajikan serta kepentingan pelbagai peringkat lapisan masyarakat dalam usaha memastikan rakyat negeri berkenaan hidup dalam suasana yang sebaiknya. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip berkata kerajaan sentiasa meletakkan keutamaan rakyat di depan termasuklah masyarakat orang Asli dengan mengambil kira pelbagai […]

» Read more

Mohamad Hasan Terima Kunjungan Hormat Duta Malaysia Ke AS

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO memaklumkan pelbagai perkara disentuh pada pertemuan tersebut terutama membabitkan hubungan dua hala antara Malaysia dan AS. Pada kesempatan sama, Mohamad turut […]

» Read more

UMNO Bahagian Seputeh Sambut Baik Usul Tubuh PTBWP

KUALA LUMPUR, 17 Jun – UMNO Bahagian Seputeh menyambut baik usul penubuhan Perbadanan Tanah Bumiputera Wilayah Persekutuan (PTBWP), kata ketuanya, Datuk Mohd Razlan Rafii. Jelasnya, para perwakilan menerima usul tersebut sebulat suara ketika Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seputeh kerana ia adalah langkah strategik mempertahan dan memperkasa pemilikan hartanah bumiputera dalam bandar. “Syabas dan terima kasih para Perwakilan UMNO Bahagian Seputeh […]

» Read more

UMNO Segambut Terus Perkukuh Semangat Kebersamaan, Khidmat Tanpa Henti

SEGAMBUT, 17 Jun – UMNO Bahagian Segambut terus membuktikan komitmennya dalam memperkukuh silaturrahim serta menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan generasi muda sebagai usaha yang tidak pernah terhenti untuk menyemarakkan perjuangan parti. Hal tersebut direalitikan menerusi penganjuran Program Karom Tertutup Penchala, yang berlangsung meriah dengan penyertaan aktif daripada anak-anak muda tempatan. Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Mahadhir Sulaiman memuji usaha dan […]

» Read more

Musliati Seru Terus Perkukuh UMNO, Raih Sokongan Golongan Muda

KOTA KINABALU, 17 Jun – Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Moslimin menegaskan bahawa penglibatan aktif golongan muda, khususnya daripada Pergerakan Puteri UMNO, amat penting dalam memastikan kelangsungan perjuangan parti di Sabah. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu yang telah berlangsung dalam suasana penuh semangat dan komitmen daripada para perwakilan. Menurut Musliati, keanggotaan […]

» Read more

Ahmad Zahid Rakam Takziah Kepada Keluarga Mendiang G. Palanivel

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Datuk Seri G. Palanivel, bekas Presiden MIC dan mantan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, yang telah meninggal dunia pagi tadi. Menurut Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, pemergian mendiang bukan sekadar kehilangan seorang tokoh […]

» Read more

UMNO Wujud Bukan Kerana Kebencian, Sebaliknya Demi Perjuangan Bangsa

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad membidas bekas pemimpin parti yang menyifatkan UMNO tidak relevan, sambil menyifatkan ia sebagai tidak berasas. Menurut beliau, ini kerana kewujudan UMNO atas membawa perjuangan orang Melayu sejak zaman kemerdekaan dan ia diteruskan sehingga ke hari ini oleh para pendukung parti. “Kalaulah UMNO ni tidak relevan semua Pilihan […]

» Read more

Jangan Terpedaya Naratif Burukkan UMNO, Tolak Politik Sempit – Tengku Azman

KUALA LUMPUR, 17 Jun – UMNO Bahagian Bukit Bintang menegaskan komitmennya untuk terus mempertahankan Islam dan Melayu dalam perjuangan parti, serta menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan memecah-belahkan perpaduan demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, ahli parti perlu kekal bersatu dan berdisiplin dalam perjuangan, ibarat sebuah pasukan bola sepak yang hanya memasuki padang untuk mencapai kemenangan, […]

» Read more
1 64 65 66 67 68 1,949