Susun Langkah, Perkemas Tindakan Demi Keberkesanan Dasar Kerajaan

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kepentingan menyusun langkah dan memperkemaskan tindakan pelaksanaan projek pembangunan kerajaan agar manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat. Dalam satu pertemuan bersama Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Seri Solehuddin Alyubi Zakaria di pejabatnya di Putrajaya hari ini, beliau menekankan peranan strategik ICU sebagai […]

» Read more

Bergerak Sebagai Keluarga Besar UMNO, Bawa Harapan Untuk Masa Depan Cemerlang

KUALA LUMPUR, 18 Jun – UMNO Bahagian Kulai berikrar untuk sentiasa membawa aspirasi parti dengan mendukung agenda perjuangan parti keramat ini, kata Ketua Bahagian, Datuk Mohd Jafni Md Shukor. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Permai berkata ia sebagai komited keluarga besar parti dalam membawa agenda tersebut. “UMNO Kulai akan terus bergerak sebagai keluarga besar yang saling menyokong […]

» Read more

UMNO Putatan Terus Prihatin, Santuni Mangsa Kebakaran

PUTATAN, 18 Jun – Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed meluangkan masa turun padang menziarahi mangsa-mangsa kebakaran dari Kampung Petagas dan Kampung Bukit Vor yang kini ditempatkan sementara di Dewan Sri Putatan. Dalam lawatan penuh rasa empati itu, Jeffery menyatakan rasa sedih dan terharu apabila berpeluang mendengar sendiri keluhan dan kesedihan para […]

» Read more

Perkukuh UMNO Dengan Penilaian Dalaman, Kenali Akar Umbi Parti – Tengku Hafiz

PUTRAJAYA, 18 Jun – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan agar UMNO melaksanakan penilaian dalaman secara menyeluruh bagi memahami tahap sokongan sebenar ahli terhadap parti, khususnya dalam kalangan akar umbi dan generasi muda. Beliau menegaskan bahawa usaha ini amat penting bagi memastikan segala strategi dan tindakan parti selepas ini berpandukan data […]

» Read more

UMNO Pensiangan Yakin Pulihkan Dominasi Parti, Perkukuh Sokongan Di Akar Umbi

PENSIANGAN, 18 Jun – Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Busiau Ampirak menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan menjadi medan penting untuk membuktikan kekuatan dan kesungguhan UMNO di kawasan pedalaman Sabah, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan. Menurut beliau, UMNO Pensiangan telah mengenal pasti DUN Nabawan sebagai kerusi tumpuan yang mampu dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) berdasarkan sejarah […]

» Read more

PTG Johor Dinaik Taraf: Kapasiti Urus Hak Milik Strata Meningkat Lima Kali Ganda

JOHOR BAHRU, 18 Jun – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan bahawa kerja-kerja penaiktarafan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Julai 2025. Ujarnya, penambahbaikan menyeluruh ini melibatkan pelbagai aspek infrastruktur dan operasi termasuk penambahan 12 unit kaunter baharu khusus bagi urusan hak milik strata serta pewujudan 54 jawatan baharu […]

» Read more

Tiup Semboyan PRN: Puteri UMNO Tawau Siap Sedia Gempur Pastikan Kemenangan

TAWAU, 18 Jun – Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) kian terasa dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Tawau, Noratika Awang tampil meniup semboyan kesiapsiagaan jentera akar umbi parti, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung yang menjadi sasaran untuk dirampas kembali oleh UMNO/Barisan Nasional (BN). Dalam ucapan bersemangat kepada para perwakilan dalam Persidangan UMNO Puteri Tawau baru-baru ini, Noratika menegaskan bahawa […]

» Read more

APC KPWKM: Noraini Ucap Tahniah Kepada Penerima, Terus Beri Khidmat Terbaik

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta berharap agar mereka terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dalam mensejahterakan rakyat. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa majlis tersebut diadakan untuk meraikan 646 orang […]

» Read more

APR: Malaysia Komited Perjuang Keterangkuman, Kelestarian – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Malaysia tetap komited untuk memperjuangkan keterangkuman, kelestarian dan multilateralisme tulen meskipun dalam dunia yang semakin kompleks serta tidak menentu. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa beliau telah menyampaikan ucapan di majlis Welcoming Dinner of the 38th Asia Pacific Roundtable (APR) anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) […]

» Read more

Puteri UMNO Port Dickson Terus Tekad Perjuangkan Usul Had Umur 40 Tahun

PORT DICKSON, 18 Jun – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Port Dickson sekali lagi membawa usul kenaikan had umur keahlian Puteri UMNO kepada 40 tahun, sejajar dengan usaha di peringkat nasional oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Ketuanya, Nur Hidayah Abu Bakar berkata, usul tersebut telah mula diketengahkan tahun lalu dan mendapat sokongan padu daripada UMNO Bahagian Port Dickson. “Alhamdulillah, pada 5 […]

» Read more
1 63 64 65 66 67 1,949