UMNO 78: Kesetiaan, Kekuatan Akar Umbi Bela Rakyat – Noraini Ahmad

KUALA KUBU BHARU, 11 Mei – Selepas 78 tahun penubuhannya, UMNO masih kekal sebagai sebuah parti yang kukuh, berjaya dan memberikan kesejahteraan pada rakyat Malaysia, kata Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Menurutnya, sokongan padu dari akar umbi memainkan peranan untuk kepentingan parti, memperkukuh perpaduan dan memberi tumpuan kepada usaha membela rakyat. Walaupun begitu katanya, kesetiaan kepada […]

» Read more

UMNO Wadah Penting Sejarah Malaysia, Perjuangannya Bawa Kehidupan Lebih Baik – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO telah melalui pelbagai zaman dan kepimpinan, mendepani segala rintangan dan ujian di persada politik negara ini selama 78 tahun lamanya. Justeru katanya, wadah inilah yang memainkan peranan penting dalam sejarah Malaysia sejak daripada awal penubuhannya sehingga ke hari ini. “Jasa dan perjuangan para pemimpin dan […]

» Read more

78 Tahun UMNO Menjadi Aktor Utama Dan Penting Di Pentas Politik Negara

KUALA  LUMPUR, 11 Mei – Tanggal 11 Mei 2024, genaplah 78 tahun usia UMNO menjadi aktor utama dan terpenting di pentas politik serta perjuangan kebangsaan di negara ini, demikian menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias. Jelas beliau bagai sebuah pelayaran yang jauh, UMNO telah berjaya menempuh setiap inci badai dan cabaran yang memungkinkan parti ini […]

» Read more

Selamat Mengundi, Buatlah Keputusan Bijaksana Demi Perpaduan Dan Kestabilan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat mengundi kepada para pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Kuala Kubu Bharu yang akan mengundi hari ini. “Kini kuasa memilih di tangan anda, buatlah keputusan yang bijaksana demi perpaduan dan kestabilan masa hadapan rakyat khususnya di Negeri […]

» Read more

UMNO 78 Tahun: Teruskan Perjuangan Demi Agama, Bangsa, Tanah Air – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Hari ini ulang tahun kelahiran UMNO yang ke 78 selepas tertubuhnya parti yang berpaksikan semangat nasionalisme tersebut. Sehubungan itu, Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru semua bangsa Melayu khususnya ahli-ahli UMNO untuk kembali menghayati asas dan tujuan penubuhan parti lantas memperteguh perjuangannya. Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, usia UMNO sememangnya […]

» Read more

Pengundi Jangan Terpedaya Propaganda Pembangkang – Azalina

KUALA KUBU BHARU, 10 Mei – Rakyat dinasihatkan supaya tidak tertipu dengan propaganda dimainkan Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa kononnya keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) boleh membawa perubahan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan negeri. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perubahan tampuk kepimpinan di peringkat persekutuan tidak mungkin berlaku menerusi PRK DUN Kuala Kubu Bharu kerana […]

» Read more

PRK KKB: Beri Undi Pada Calon Aspirasi Kerajaan Perpaduan – Dr Asyraf

KUALA KUBU BHARU, 10 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta ahli dan penyokong parti itu mengetepikan perbezaan dan memberi sokongan serta undi kepada calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Menurutnya, tindakan menyokong calon aspirasi Kerajaan Perpaduan adalah wajar sebagaimana pernah menyokong calon MCA. […]

» Read more

UMNO Galas Perjuangan Bangsa, Aspirasi Dukung Kegemilangan Negara

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin berkata parti UMNO dihormati, dipercayai dan disegani bermula dari kesusahan dan perjuangan panjang yang diusahakan oleh mereka yang terdahulu menggalas perjuangan. Menurut beliau pimpinan sebelum ini membidani negara bangsa, melahirkan pemimpin selain membela rakyat dan 11 Mei 1946 adalah detik kegemilangan yang wajar menjadi aspirasi kepada pendukung parti pada […]

» Read more

Pilih Calon Perpaduan, Rakyat Damba Keamanan Dan Kestabilan Negara – Dr Zambry

KUALA KUBU BHARU, 10 Mei – Kestabilan dan keamanan sangatlah penting dalam membina sebuah negara yang bebas daripada konflik dan permasalahan serta membina negara gemilang, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Menurut beliau, kestabilan dan keamanan hanya boleh dikecapi sekiranya lapisan masyarakat menjaga perpaduan dan kedaulatan negara. “Kesemua kita tak kira Melayu, Cina, India, […]

» Read more

Keprihatinan Presiden Dirasai, UMNO Lahad Datu Ucap Terima Kasih

LAHAD DATU, 10 Mei – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul melahirkan penghargaan dan berkongsi rasa terharu dengan keprihatinan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap tragedi yang menimpa penduduk di sini. Katanya, nasib keluarga mangsa tragedi kepala air Lembah Mak Sina, di sini mendapat perhatian daripada Ahmad Zahid yang juga […]

» Read more
1 371 372 373 374 375 1,902