Jentera Penerangan Perlu Berfungsi Sebaiknya, Tepis Isu Dimainkan Pihak Lawan – Awang Aslee

BEAUFORT, 6 Ogos – Jentera penerangan di setiap peringkat perlulah berfungsi sebaiknya agar segala isu negatif yang dimainkan oleh pihak lawan dapat ditepis dan ditangani. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, jentera penerangan perlulah mengambil inisiatif untuk memberikan penjelasan kepada para pengundi mengenai isu-isu dibawa pihak pembangkang. “Apabila saudara sekalian berada di kawasan masing-masing, berikanlah penjelasan kepada […]

» Read more

Wanita UMNO Diseru Manfaatkan Media Sosial, Sebarkan Maklumat Gerak Kerja Parti – Rosni

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari menyeru wanita akar umbi untuk memanfaatkan media sosial untuk menyebarkan maklumat berkenaan gerak kerja parti. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran berkata penyebaran info-info berkaitan parti dan kepimpinna penting bagi memastikan ahli UMNO dan rakyat memahami aspirasi parti dalam membawa perjuangannya. “Kita minta kerjasama supaya […]

» Read more

Jalaluddin Mahu Jadikan Negeri Sembilan Hub Pengeluaran Durian

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berhasrat mahu menjadikan negeri ini sebagai hub pengeluaran durian. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang berkata ia akan memberi manfaat kepada orang kampung dalam harga buah durian yang bakal dikomersialkan. “Pada 22 Julai 2024 yang lalu saya telah menyatakan impian agar Negeri Sembilan […]

» Read more

Syarikat Pembinaan Jangan ‘Pilih Bulu’, Utamakan Tenaga Mahir Tempatan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Semua syarikat pembinaan diingatkan agar tidak ‘pilih bulu’ dan perlu mengutamakan tenaga mahir tempatan dalam melantik pekerja sektor berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kerajaan akan menanggung kerugian dalam jangka masa panjang sekiranya sektor pembinaan terus bergantung kepada pekerja asing. “Pihak […]

» Read more

Wanita UMNO Dukacita Pemergian Sharifah Azizah, Serahkan Kekosongan Kerusi Kepada MKT – Noraini

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berharap semua pihak menghormati pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini. Beliau berkata segala perbicangan membabitkan kekosongan kerusi DUN terbabit diserahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan pihak pengurusan tertinggi parti. “Dalam tempoh […]

» Read more

Bersatu Sanggup Gadai Prinsip Di Nenggiri, Pas Pula Paparkan Wajah Sebenar – Ahmad Jazlan

GUA MUSANG, 6 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyifatkan langkah bekas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang, Che Ariffin Hussin kembali kepada UMNO menunjukkan ahli serta pimpinan Bersatu hilang kepercayaan serta keyakinan kepada parti tersebut. Malah bagi beliau yang juga Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN)  bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) […]

» Read more

UMNO Masih Relevan, Kuat Kerana Sokongan Akar Umbi – Mohd Jafni

KULAI, 6 Ogos – Ahli-ahli UMNO di akar umbi adalah kekuatan yang menjadikan parti terus relevan lantas menjadi harapan kepada bangsa bagi mendepani pelbagai cabaran pada masa hadapan. Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor memaklumkan bahawa gerak kerja pada hari ini adalah berhadapan cabaran iaitu mendepani kepada isu termasuk fitnah, persepsi yang buruk kepada parti atau kepada […]

» Read more

PRK Nenggiri: Konsep ‘Anak Beranak’ dan Kempen Kekeluargaan – Asyraf Wajdi

GUA MUSANG, 5 Ogos – Kembalinya ahli-ahli Bersatu memberikan suntikan semangat baru kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Menurutnya, perubahan ini dipercayai berlaku apabila UMNO/BN mengambil pendekatan yang lebih mesra dan inklusif dalam mendekati ahli-ahli yang telah meninggalkan mereka. […]

» Read more

Pilih BN… Calon PN Sanggup Tinggalkan ‘Parti Syurga’ Untuk Masuk PPBM – Noraini

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mempersoal tindakan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail yang bertindak keluar daripada Pas untuk menjadi ahli PPBM dan seterusnya menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Katanya ini kerana, kepimpinan Pas seringkali memainkan sentimen bahawa memilih parti tersebut sebagai jalan […]

» Read more

Pengundi Nenggiri Boleh Bandingkan Kepimpinan Kerajaan BN Dengan Pas – Mahdzir Khalid

GUA MUSANG, 5 Ogos – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menunjukkan kematangan dalam menilai kepimpinan politik, dengan tidak membangkitkan isu besar yang mengganggu masyarakat setempat. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata rakyat di DUN Nenggiri mampu membuat perbandingan antara jasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lalu dengan kerajaan yang kini diperintah oleh […]

» Read more
1 361 362 363 364 365 1,961