PRK Nenggiri: Isyarat Jelas Rakyat Kelantan Sudah Bosan Dengan Politik Penipuan

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri merupakan isyarat jelas bahawa rakyat Kelantan sudah bosan dengan politik penipuan yang dibawa oleh Pas/Perikatan Nasional (PN). Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada PRK tersebut bukanlah untuk dimegah-megah namun untuk disyukuri. “Kemenangan diluar dugaan calon UMNO/BN pada […]

» Read more

‘Serangan Tohmahan, Caci Maki Dan Fitnah PN Di Nenggiri Tak Menjadi’ – Azhar

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata modal serangan politik tidak matang dibawa Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri tidak menjadi dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Sabtu malam. Beliau berkata serangan tersebut malah membuktikan PN tidak serius dengan agenda membantu rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut. […]

» Read more

PAU 2024: Perjuangan UMNO Tidak Boleh Lari Dengan Kemerdekaan Negara – Khaled

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 kali ini membawa manifestasinya tersendiri apabila diadakan beberapa hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67. Beliau berkata perjuangan UMNO tidak boleh lari dengan kemerdekaan negara kerana ia diraih atas usaha daripada pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu, atas pasak perjuangan yang dibawa mereka memberi […]

» Read more

Kejayaan PRK Nenggiri Bukti UMNO/BN Terus Relevan, Iring Kejayaan Depani PAU Dan PRK Mahkota – Mohd Zaidy

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang berpihak kepada Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dengan majoriti besar 3,352 undi semalam adalah manifestasi sokongan masyarakat kepada Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah pudar. Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang yang melahirkan rasa syukur dan berbangga dengan pencapaian terkini UMNO/BN […]

» Read more

Kempen Berhemah Dan Fokus Gerak Kerja, Inilah Prinsip UMNO/BN – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Siri kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri telah melabuhkan tirainya. Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai ‘Awie’ dengan izin Allah SWT telah pun mendapat kemenangan dengan majoriti 3,352 undi menewaskan calon Pas mewakili Perikatan Nasional (PN). Menurut, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri […]

» Read more

PAU 2024: Ambil Peluang Untuk Merancang, Kukuhkan Institusi Parti – Hafiz Ariffin

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Hafiz Ariffin menyeru seluruh perwakilan untuk mengambil peluang merancang gerak kerja bagi memperkukuhkan institusi parti pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 ini. Ujarnya, persiapan Pergerakan Pemuda UMNO menuju ke PAU 2024 berlangsung dengan baik meskipun ramai di antara mereka sebelum ini berada di Nenggiri, Kelantan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK). […]

» Read more

Dr Akmal Kata PRK Nenggiri Bukti Perubahan UMNO Mampu Membuahkan Hasil

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri membawa seribu satu makna dalam UMNO, ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dr Akmal Saleh. Ujarnya, kekuatan UMNO adalah orang Melayu/Bumiputera dan populasi Nenggiri yang hampir 95% Melayu/Bumiputera menjadi satu indikator bahawa UMNO masih lagi di hati setiap orang Melayu. “Tetapi sebelum ini mereka mungkin […]

» Read more

Kemenangan Nenggiri Bukan ‘Tiket’ Lupa Diri, Usaha Menangi Hati Rakyat

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bukan tiket untuk lupa diri, tegas Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi. Tetapi jelasnya, ia adalah tiupan semangat untuk ahli parti dan mengambil hati rakyat kembali. “Saya nampak kemenangan di Nenggiri hasil usaha satu keluarga besar UMNO […]

» Read more

PRK Nenggiri: Kemenangan BN Bukti Rakyat Terima Kesepakatan Kerajaan Perpaduan – PM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri semalam, membuktikan rakyat Kelantan menerima kesepakatan yang terhasil menerusi gabungan Kerajaan Perpaduan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan itu sebagai penzahiran kepercayaan rakyat yang semakin menyesuaikan diri dengan gelombang perubahan di bawah Kerajaan MADANI, selaras dengan petanda lonjakan […]

» Read more

Bersifat Inklusif… SUA Alu Kehadiran Perwakilan, Pemerhati Dan Rakyat Ke PAU 2024

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengalu-alukan kehadiran para perwakilan, pemerhati dan rakyat ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang dijadual bermula pada 21 Ogos ini. Menurutnya, raptai luar dewan untuk acara perasmian PAU 2024 telah berjaya diadakan pada pagi tadi manakala raptai upacara dalam dewan bakal dilangsungkan pada Isnin. “Telah selesai raptai […]

» Read more
1 285 286 287 288 289 1,901