Seluruh Jentera Telah Bersedia, Cipta Kemenangan Di Mahkota – Md Jais

KLUANG, 8 Sept – Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah bersedia untuk bekerja bagi mencipta kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata, beliau percaya segala persediaan telah berjalan dengan rapi untuk menghadapi PRK tersebut. “Saya bagi pihak rakan-rakan kepimpinan BN termasuklah […]

» Read more

Tampin Agrofest 2024 Usaha Kerajaan Negeri Bangunkan Pertanian Moden – Jalaluddin

TAMPIN, 8 Sept – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata program Tampin Agrofest ini merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk menghebahkan program dan aktiviti jabatan mahupun agensi Kerajaan serta untuk menyampaikan maklumat dan teknologi terkini kepada rakyat. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menjelaskan pelbagai faedah dan ilmu diperolehi melalui pameran teknologi […]

» Read more

Wanita UMNO Komited Menangkan Calon BN Bagi PRK DUN Mahkota – Rosni Sohar

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Wanita UMNO Malaysia menerima keputusan pucuk pimpinan parti untuk menamakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September ini seperti yang diumumkan oleh Pengarah PRK DUN Mahkota yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. […]

» Read more

Wanita BN Sedia Gempur PRK DUN N29 Mahkota – Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menegaskan bahawa jentera Barisan Nasional (BN) akan digerakkan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Menurut beliau, Wanita BN akan memainkan peranan penting dalam meraih sokongan pengundi di kawasan tersebut. “Seluruh Jentera Wanita Barisan Nasional (BN) akan digerakkan bagi […]

» Read more

PRK DUN Mahkota: Syed Hussien ikrar teruskan legasi Allahyarham Sharifah Azizah

KLUANG, 8 Sept – Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah berikrar meneruskan legasi ditinggalkan Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain selaku bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota. Syed Hussien, 40, yang diumumkan sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota berkata selaku orang parti, beliau mahu meneruskan apa sahaja […]

» Read more

PRK DUN Mahkota: Wanita UMNO Yakin Tiada Sabotaj

GEORGE TOWN, 8 Sept – Wanita UMNO yakin parti-parti di bawah Pakatan Harapan (PH) tidak akan sabotaj kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, persetujuan yang dicapai sebelum ini untuk meletakkan calon UMNO sudah disepakat dengan baik sekali gus menepis dakwaan DUN Mahkota akan dicemari unsur sabotaj […]

» Read more

PRK Mahkota: Mari Bersama Gembleng Tenaga Pastikan Kemenangan BN – Onn Hafiz

KLUANG, 7 Sept – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru seluruh jentera untuk bersama menggembleng tenaga bagi memastikan UMNO/Barisan Nasional (BN) peroleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perbubungan UMNO Johor merangkap Pengarah Pilihan Raya berkata, beliau teruja dengan semangat ditunjukkan oleh para […]

» Read more

Dr Asyraf ‘Terjah’ Pengurusan Penyediaan Makanan MRSM, Soal Keselamatan Pelajar Jadi Keutamaan

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bukan sahaja melahirkan rasa kecewa malah turut mengambil jaminan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha Dewan Selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping berhubung penyediaan makanan terhadap para pelajar di institusi berkenaan. Menerusi perkongsian di Facebooknya yang turut tular perbualannya dengan kontraktor yang menguruskan penyediaan […]

» Read more

SG4 Angan-angan Mat Jenin PN Manipulasi Rakyat – Rozabil

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Rozabil Abd Rahman menyifatkan syarikat yang ditubuh melibatkan empat negeri pembangkang iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, SG4 Group Sdn Bhd sebagai angan-angan mat jenin Perikatan Nasional (PN) dalam memanipulasi rakyat. Jelas beliau ini kerana mereka seakan mahu membuktikan kemampuan mereka mentadbir negeri dan seterusnya negara. “Wayang ini […]

» Read more

Usaha Pemuda UMNO Tingkatkan Kualiti Wakil Rakyat – Shah Zanuriman

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Sejak dari dahulu lagi parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, kata Exco Pemuda UMNO, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan. Jelasnya, khidmat bakti amat sinonim dengan UMNO kerana berkhidmat adalah salah satu motto parti ini iaitu ‘Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat’. “Kerana itulah kami Pemuda UMNO Malaysia di bawah pimpinan Ketua […]

» Read more
1 263 264 265 266 267 1,901