Menteri Luar Mohamad Adakan Lawatan Rasmi Ke Arab Saudi Bermula Selasa

PUTRAJAYA, 9 Dis – Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi dari 10 hingga 14 Dis untuk menghadiri mesyuarat pertama Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia (SMCC). Mohamad akan mempengerusikan mesyuarat itu bersama rakan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud, menurut Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan. SMCC merupakan mekanisme dua hala […]

» Read more

Kerajaan Negeri Sembilan Fokus Pertanian, Keterjaminan Makanan Dan Kos Sara Hidup Pada 2025

SEREMBAN, 9 Dis – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan hari ini beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup yang terakhir bagi tahun 2024 di Majlis Bandaraya Seremban, di sini. Jalaluddin bersyukur sepanjang tahun ini, kerajaan negeri telah sukses menganjurkan beberapa program yang menyusur kehendak rakyat seperti FAMA FEST (23–26 […]

» Read more

Kemas Kini Akta 166 Pastikan Peguam Ikut Standard, Etika Dan Profesionalisme Tinggi

  KUALA LUMPUR, 9 Dis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan peningkatan ketara dalam bilangan peguam yang berdaftar di Malaysia dari sekitar 15,000 pada 2012 kepada lebih 23,000 pada awal tahun 2024. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata peningkatan ini menunjukkan keperluan untuk mengemas kini Akta 166 bagi […]

» Read more

KPWKM Galakkan Penubuhan TASKA Berdaftar, Elak Risiko Kecuaian Dan Penderaan

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di tempat kerja seperti program advokasi bagi meningkatkan kesedaran pelbagai pihak berkaitan TASKA antaranya melalui kempen Jom Daftar TASKA. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia […]

» Read more

Titah Adendum: Jangan Jadikan Ia Polemik Berpanjangan, Perlu Dimuktamadkan Segera

KUALA NERUS, 9 Dis – Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman berpandangan mengenai titah adendum, UMNO sebagai parti tunjang dalam Barisan Nasional (BN) perlu lebih tegas dan realistik menggunakan saluran yang ada bagi tujuan pembelaan terhadap Datuk Seri Najib Razak. Manakala menurut Ahmad Razif, parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan mestilah bersikap terbuka dan berterus-terang dalam […]

» Read more

Jubli Emas BN 50 Tahun, Tempoh Panjang Tadbir Negara – Norliza Rahim

KUALA LUMPUR,9 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menzahirkan kesyukuran dapat meraikan Jubli Emas Barisan Nasional (BN) peringkat kebangsaan yang ke-50. Norliza yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata, BN mempunyai ramai rakan komponen yang bersama dengan gabungan ini, selama 50 tahun telah mentadbir negara pada tempoh yang sangat panjang. “Sewaktu 50 tahun […]

» Read more

Titah Adendum: UMNO Selayang Sokong Penuh Najib Razak Dapat Hak Penahanan Rumah

KUALA LUMPUR, 9 Dis – UMNO Bahagian Selayang menyatakan pendirian untuk menyokong penuh usaha untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat hak penahanan rumah. Ketuanya, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata ia rentetan daripada afidavit terbaru yang difailkan di mahkamah seperti dimaklumkan anak Najib, Datuk Mohamad Nizar. “Di dalam afidavit terbaharu yang difalkan oleh Nizar menzahirkan dua perkara […]

» Read more

Jadikan Politik Platform Ibadah… Berkhidmat, Beramal Dan Bersedekah – Mohd Rafi

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menyifatkan penglibatan beliau dalam politik sebagai platform untuk melakukan kebaikan kepada rakyat. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, berkata ini termasuk dalam memberikan peluang kepada penduduk tempatan yang bertuah untuk mengerjakan ibadah umrah. Katanya rentetan daripada penganjuran Karnival Hari Keluarga UMNO Labuan, yang […]

» Read more

Azalina Sokong Visi Perubahan Dibawa Pengerusi BN, Pemangkin Masa Depan Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menyokong kepada visi perubahan yang diketengahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam ucaptama sempena sambutan Jubli Emas parti semalam. Katanya, Ahmad Zahid mengingatkan setiap ahli untuk terus melangkah ke hadapan dengan sikap berlapang dada menyedari kebenaran dan melepaskan diri daripada kepompong […]

» Read more

Mohd Zaidy Seru Anggota BN Segera Bangkit, Fokus Kepada Matlamat Bersama

JEMPOL, 8 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidi Abdul Kadir, menyeru semua pihak khususnya pemimpin dan ahli-ahli Barisan Naional (BN) untuk segera bangkit daripada perpecahan dan fokus kepada matlamat bersama. Tegas beliau dalam hantaran menerusi laman Facebooknya berkaitan Konvensyen BN yang telah berlangsung semalam di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hal ini perlu […]

» Read more
1 217 218 219 220 221 1,939