Malaysia Kutuk Sekeras-Kerasnya Pencerobohan Israel Terhadap Undang-Undang Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara dan bedilan artileri Israel ke atas Gaza, yang secara sepihak menamatkan perjanjian gencatan senjata, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar pada Selasa. “Serangan ini telah meragut lebih 300 nyawa di wilayah Palestin. Gelombang serangan terbaru oleh rejim Zionis Israel ini turut menyasarkan Syria, Lubnan, dan Yaman, mengakibatkan lebih banyak kematian […]

» Read more

UMNO Ucap Takziah Atas Pemergian Mantan Setiausaha Kerja, Datuk Mustafa Yassin

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan serta ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga mantan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mustafa Yassin, yang telah kembali ke rahmatullah petang ini. Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.50 petang di Hospital Serdang. Jenazahnya dijadualkan dibawa ke kediamannya di Balakong, Cheras untuk urusan pengebumian. […]

» Read more

Program “Moh Dogheh Isi Minyak Motor Percuma” Dapat Sambutan Meriah di DUN Sungai Lui

SUNGAI LUI, 18 Mac – Program “Moh Dogheh Isi Minyak Motor Percuma” yang diadakan di Stesen Minyak Smart FELDA Pasoh 3 semalam mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat, khususnya para penunggang motosikal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui. Program ini merupakan inisiatif Ahli Parlimen Jelebu merangkap Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dengan tujuan […]

» Read more

Semai Semangat Perpaduan, Rakyat Perlu Berpadu Demi Keharmonian – Nurul Amal

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, menekankan kepentingan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi memastikan keharmonian negara terus berkekalan. Menurutnya, Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan agama, justeru nilai hormat-menghormati perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat. “Semangat perpaduan ini perlu ada di setiap rakyat Malaysia kerana di negara ini terdapat pelbagai […]

» Read more

Program ‘Yok Moreh Bersama YB’ Satukan Masyarakat Dan Wakil Rakyat – Mohd Jafni

SENAI, 18 Mac – Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, telah berkesempatan mengadakan program “Yok Moreh Bersama YB: Sembang Santai, Suara Didengari” di Restoran Naseeb, di sini, semalam. Ujarnya, program ini berjaya menghimpunkan lebih 60 orang penduduk setempat yang hadir dengan penuh semangat untuk bertemu dan berbincang dalam suasana santai namun tetapi amat bermakna. “Suasana santai, tapi […]

» Read more

Ahmad Zahid Lahir Rasa Dukacita, 8 Petugas MAPIM Terbunuh Serangan Di Gaza

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, telah menyatakan rasa sedih dan berdukacita atas pemergian lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang terkorban dalam serangan udara kejam di Gaza. Dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya, beliau menyifatkan mereka sebagai wira kemanusiaan yang telah berjuang tanpa mengenal lelah […]

» Read more

‘Elakkan Pakatan Berasaskan Kepentingan Politik Jangka Pendek’ – Salleh

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Bendahari UMNO Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak berpandangan sesebuah pakatan politik perlu dibina atas visi jelas, dasar kukuh dan kestabilan jangka panjang untuk mentadbir dengan berkesan. Beliau yang juga Bendahari UMNO Sabah berkata walaupun jumlah kerusi penting untuk membentuk kerajaan, namun pakatan yang hanya bergantung pada survival […]

» Read more

Dekatkan Diri Dengan Al-Quran, Jadikan Panduan Hidup – TPM

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Umat Islam perlu mendekatkan diri dengan kitab suci al-Quran, tadabbur atau menghayati makna ayat-ayatnya dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bersempena Nuzul Quran yang disambut esok, Ahmad Zahid berharap umat Islam terus istiqamah menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup serta mewariskan kefahaman dan kecintaan terhadap kitab […]

» Read more

Kerajaan Perlu Berfungsi Dengan Baik, Selesaikan Masalah Asas Rakyat Sabah – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 17 Mac – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menegaskan bahawa kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu lebih serius dalam menyelesaikan masalah asas rakyat. Dalam hal ini, beliau mengambil maklum kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yang mempertahankan pentadbiran kerajaan GRS sebagai kerajaan yang berjaya, sedangkan realiti di lapangan menunjukkan sebaliknya. Menurut […]

» Read more

Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru: Era Baharu Pengangkutan Rel di Johor

JOHOR BAHRU, 17 Mac – Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) kini memasuki fasa pelaksanaan penuh dengan perkhidmatan tren elektrik (ETS) mula beroperasi secara berperingkat. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menyatakan bahawa perkhidmatan ETS di Segamat telah bermula pada 15 Mac, diikuti Labis pada bulan April, Kluang pada bulan Mei, sehingga ke Johor Bahru pada bulan September. […]

» Read more
1 139 140 141 142 143 1,937