Pemuda UMNO Kelantan ‘Sekolahkan’ MB Kedah, Jangan Cakap Suka-Suka Tanpa Akal

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Rosdi Razali tampil ‘menyekolahkan’ Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas satu klip video tular menunjukkan pemimpin Pas itu menyindir kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO dalam persediaan kempen Perikatan Nasional (PN) di Ayer Kuning, baru-baru ini. Tegasnya, sesungguhnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah adalah bersifat […]

» Read more

Puteri UMNO Sumbang Barang Asas, Duit Raya Kepada Pusat Jagaan Darul Sakinah

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah menyampaikan sumbangan barang asas dan juga duit raya kepada 17 orang pelajar Pusat Jagaan Darul Sakinah pada Rabu. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi bersama barisan exco telah hadir untuk menyempurnakan sumbangan tersebut di pusat jagaan yang bertempat di Petaling Jaya itu. Prihatin akan keperluan harian para pelajar yang meliputi […]

» Read more

Banjir Johor: Sentiasa Berwaspada, Utamakan Keselamatan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar semua pihak berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa, serta mengutamakan keselamatan diri dan keluarga berikutan banjir yang melanda beberapa daerah di Johor. Dilaporkan, hujan lebat berterusan sejak semalam telah menyebabkan beberapa sungai melepasi paras bahaya, dan pihak berkuasa sedang memantau keadaan ini dengan rapi. “Saya […]

» Read more

PRK: Persediaan Kempen, Dekati Segenap Pengundi DUN Ayer Kuning – Hang Tuah

TAPAH, 19 Mac – Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak, Datuk Hang Tuah Din berikrar untuk menggerakkan jentera sebaiknya dalam mendekati sebanyak mungkin pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Pilihan Raya Kecil (PRK). Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gopeng berkata, ini kerana ia penting bagi memastikan UMNO/Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di DUN tersebut. “Jangan bergelumang dengan ahli […]

» Read more

Provokasi Sanusi: UMNO Tetap Konsisten Atas Landasan Perjuangan Asal

KUALA LUMPUR, 19 Mac – UMNO tetap konsisten berdasarkan landas perjuangan asal dengan meneruskan pelbagai dasar kerajaan melalui pelbagai kementerian, agensi dan jabatan, kata Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri. Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata, parti tidak perlu menghiraukan provokasi Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad […]

» Read more

Puteri UMNO Tawau Terus Dekati Golongan Muda

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Ketua Puteri UMNO Tawau, Noratika Awang, menegaskan komitmen pihaknya dalam mendekati golongan muda bagi meyakinkan mereka untuk memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Menurutnya, pelbagai pendekatan telah diambil dengan kerjasama kepimpinan UMNO dan BN di Tawau bagi memastikan mesej perjuangan parti sampai kepada anak muda. “Kami terus berusaha mendekati dan […]

» Read more

Iftar Sekampung DUN Gemencheh 2025 Teruskan Tradisi Diperkukuh Perkukuh Ukhuwah

GEMENCHEH, 19 Mac – Program Iftar Sekampung DUN Gemencheh kembali lagi tahun ini dengan sambutan yang lebih meriah bertemakan ‘Jom Bersilo Ghamai-Ghamai: Tradisi Diteruskan’ yang menjadi platform untuk mengukuhkan perpaduan serta semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar, kejayaan penganjuran sulung program ini tahun lalu telah mendorong usaha untuk meneruskannya dengan lebih […]

» Read more

Kerajaan Negeri Perak Komited Noktah Kemiskinan Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Kerajaan Negeri Perak sentiasa komited dalam usaha untuk menoktahkan kemiskinan rakyat di negeri tersebut, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak telah menyantuni para penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Ayer Kuning, Tapah pada Selasa. “Menyantuni para penerima Bantuan JKM […]

» Read more

Media Sosial Senjata Politik Baharu Hadapi Pilihan Raya – Azalina

TAPAH, 19 Mac – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan media sosial sebagai senjata politik baharu yang perlu dimanfaatkan pada setiap pilihan raya terutama Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada April ini. Beliau yang juga Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi berkata ia penting dalam menyampaikan aspirasi parti termasuk menjawab serangan politik […]

» Read more

Imarahkan Ramadan: ADUN Jeram Padang Seru Masyarakat Perkukuh Ibadah Dan Ukhwah

JEMPOL, 19 Mac – Program Ihya’ Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid As-Sobirin, Felda Bukit Rokan Barat disambut dengan penuh kesyukuran apabila masyarakat setempat hadir mengimarahkan bulan penuh keberkatan ini. ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, yang turut hadir dalam majlis tersebut, menyeru umat Islam untuk memanfaatkan bulan Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah, doa serta amalan kebajikan. Sebagai […]

» Read more
1 138 139 140 141 142 1,937