KK Mart: Jadikan Yang Berlaku Sebagai Iktibar, Perlukan Tumpuan Serius – ADUN Seri Menanti

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Isu penggunaan label Halal pada produk yang ternyata tidak dibenarkan untuk dimakan oleh umat Islam adalah satu perkara yang sangat sensitif, terutama dalam konteks masyarakat Islam di negara kita, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Muhamad Sufian Maradzi. Bagi beliau kejadian berkenaan yang menimbulkan polemik dan sebagainya memerlukan perhatian serta tumpuan serius daripada […]

» Baca lanjut

Puteri UMNO Santuni Orang Sabah, Sampaikan Bakul Makanan

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berbesar hati ke Sabah bagi menyantuni rakyat di negeri berkenaan. Kunjungan tersebut diketuai Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi bersama kepimpinan tertinggi Puteri UMNO Malaysia yang memanfaatkan kehadiran ke negeri itu dengan melakukan kunjungan ke beberapa bahagian. Antara bahagian yang dilawati iaitu Kota Belud, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu dan Kalabakan. Kedatangan Puteri […]

» Baca lanjut

Tindakan Gelar ‘Tin Kosong’ Biadap, Isu Agama Dan Sensitiviti Masyarakat Harus Difahami

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Nasrun Nasaruddin, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan yang menggelar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh sebagai ‘tin kosong’. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai biadap dan tidak wajar malah mencerminkan ketidakmatangan dalam berpolitik serta kurangnya kesediaan untuk berdebat secara beradab. “Kritikan yang disampaikan dengan menyebut Dr. […]

» Baca lanjut

KKDW Garis Empat Fokus Utama, Pacu Kemajuan Desa – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menggariskan empat fokus utama untuk memacu kemajuan desa kata menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO berkata, KKDW telah melaksanakan penjenamaan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). “Hasil pemukiman tahun lalu, KKDW telah […]

» Baca lanjut

UMNO Sabah Punya Autonomi Untuk Tentukan Hala Tuju Politik – Suhaimi

KUALA LUMPUR, 17 Jan – UMNO Sabah mempunyai autonomi tersendiri untuk melakar dan menentukan hala tuju politik mereka, kata Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir. Beliau yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata, UMNO Pusat tidak pernah mencampuri hal ehwal UMNO Sabah untuk menentukan rakan gabungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. “Saya merujuk kepada satu siaran oleh sebuah […]

» Baca lanjut

Kerajaan Pahang Akan Bangunkan Pusat Data AI

KUANTAN, 17 Jan – Kerajaan Pahang akan membangunkan Pusat Data Kecerdasan Buatan (AIDC) sebagai platform baharu perniagaan secara dalam talian berasaskan produk pertanian yang dijangka mula dilaksanakan pada Januari 2026. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global. “Projek menerusi Perbadanan Kemajuan […]

» Baca lanjut

Pas Guna Isu Titah Adendum Sebagai ‘Political Mileage’ – Mohd Imran

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Pas/Perikatan Nasional (PN) dilihat cuba untuk menggunakan isu Titah Adendum mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘political mileage’. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, prosiding Mahkamah Rayuan yang berlaku pada 6 Januari lalu berkenaan Titah Adendum ternyata memberikan kelegaan kepada Datuk Seri Najib dan para penyokongnya. “Pada 6 […]

» Baca lanjut

Malaysia Syukur Gencatan Senjata Gaza, Komitmen Terhadap Palestin Terus Kukuh – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Malaysia menzahirkan rasa syukur atas pengumuman gencatan senjata antara Hamas dan Israel yang telah meragut puluhan ribu nyawa rakyat Palestin dan mencetuskan ketegangan yang berpanjangan di Asia Barat. Demikian kenyataan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan perkembangan terkini berkaitan isu terbabit. Ujarnya, gencatan senjata awal selama enam minggu ini, yang […]

» Baca lanjut

Mohd Zaidy Teguh Sokong Pendidikan Awal, Aplikasi Keprihatinan Seiring Usia Dari Muda

JEMPOL, 16 Jan – Kejayaan pelajar dan dedikasi guru diraikan dalam satu majlis gemilang, Hari Anugerah Kecemerlangan SK Tuanku Muda Serting bagi tahun 2024, yang dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir. Ujarnya, majlis sedemikian membuktikan komitmen dalam menyokong pendidikan sejak peringkat awal kanak-kanak, selari dengan aspirasi kerajaan untuk membangunkan modal insan yang cemerlang. […]

» Baca lanjut

Kerajaan Perpaduan Cerminan Pelbagai Kaum Dan Dinamika Politik Matang – Ahmad Tarmizi

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Exco Pemuda UMNO, Ahmad Tarmizi Che Age menjelaskan keberkesanan gabungan Kerajaan Perpaduan dapat dilihat melalui kestabilan dan kemakmuran dalam negara. Menurutnya, meskipun Kerajaan Perpaduan sering menjadi sasaran kritikan sengit daripada pihak pembangkang, ia tetap teguh melaksankan tanggungjawab demi memastikan kelangsungan pentadbiran yang stabil dan progresif. “Keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk […]

» Baca lanjut
1 134 135 136 137 138 1,883