Veteran UMNO Percaya Najib Akan Dapat Keadilan Sewajarnya

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Pengerusi Veteran UMNO , Datuk Othman Desa, percaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak akan mendapat keadilan yang sewajarnya. Dalam hal ini beliau menyatakan sokongan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyeru agar pengampunan penuh diberikan kepada Najib kerana tindakan tersebut merupakan langkah wajar demi menghargai jasa dan sumbangan […]

» Baca lanjut

Harga Ayam Bukan Isu Politik Tapi Isu Rakyat – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menegaskan bahawa isu harga ayam yang melambung tinggi bukanlah isu politik, tetapi merupakan isu rakyat yang perlu diberi perhatian segera. Sehubungan itu beliau berharap rakyat untuk segera melaporkan sekiranya masih ada harga barang makanan terutama ayam di negeri Sabah yang masih dijual dengan harga tinggi. Menurut beliau […]

» Baca lanjut

UMNO Terima Sumbangan Politik Daripada SRC, Bukan Wang Yang Diseleweng – Peguam

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Peguambela UMNO Selangor, Datuk Hasnal Rezua Merican mendedahkan bahawa SRC International bersama dua anak syarikatnya telah memfailkan saman sivil terhadap UMNO Malaysia dan UMNO Negeri Selangor. Menurutnya, UMNO Malaysia didakwa menerima RM16 juta daripda SRC International, manakala UMNO Selangor menerima RM3.5 juta. “Kita sedang menyoal balas saksi daripada SRC. Pembelaan pihak UMNO Selangor dan Malaysia […]

» Baca lanjut

Malaysia Berpotensi Kukuhkan Daya Saing TVET Dalam Maritim – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Sebagai sebuah negara maritim dengan garis pantai sepanjang 4,600 kilometer, Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi peneraju utama dalam sektor pembinaan kapal, pembaikan kapal dan teknologi marin, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menerusi hantaran di Facebook Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara […]

» Baca lanjut

Peduli Rakyat: Keprihatinan UMNO Terus Bergema Di Bumi Labuan

LABUAN, 21 Jan – Program Peduli Rakyat anjuran UMNO Bahagian Labuan terus menjadi bukti keprihatinan parti terhadap kesejahteraan masyarakat setempat. Di bawah kepimpinan Ketuanya, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, program ini diteruskan dengan agihan bantuan beras sebanyak 100 kilogram kepada 12 keluarga yang bakal melangsungkan perkahwinan minggu depan. Dalam hal ini Mohd Rafi menyatakan rasa syukur atas kelancaran program yang […]

» Baca lanjut

Pemuda UMNO Santuni Akar Umbi Sabah, Perkukuh Gerak Kerja Depani Politik Baharu

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berbesar hati menyantuni akar umbi Sabah bagi menyampaikan aspirasi sayap parti dalam mendepani politik baharu. Bermula pada 18 Januari dan dijangka berakhir pada hari ini ia disertai oleh ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan barisan kepimpinan Pemuda yang lain. Jelajah tersebut dimulakan dengan pertemuan dengan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri […]

» Baca lanjut

Titah Adendum: Pas Cuba Jadi Juara, ‘Menangguk Di Air Keruh’ – Rosni Zahari

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Pas dilihat ‘menangguk di air yang keruh’ dan cuba untuk menjadi juara dalam isu Titah Adendum mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, kata Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari. Ujarnya, beliau sebagai seorang pengamal undang-undang telah melihat prosiding mahkamah yang telah berlaku dan dapat dilihat bahawa keputusannya memihak kepada Najib. “Saya sendiri pun sebagai […]

» Baca lanjut

Mohd Jafni Tegaskan Kerajaan Johor Komited Selesaikan ‘Projek Sakit’

JOHOR BAHRU, 21 Jan – Kerajaan Negeri Johor bersama Kerajaan Persekutuan komited menyelesaikan ‘projek sakit’ sebagaimana perumahan terbengkalai di Taman Koperasi Nelayan Mersing yang telah lama memberi tekanan kepada pembeli. Exconya, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, menegaskan usaha bersepadu akan dilakukan untuk membela nasib 23 pembeli rumah yang telah menunggu selama tujuh tahun. “Saya bagi pihak Kerajaan Negeri di bawah […]

» Baca lanjut

Pas Cuba ‘Test Market’ Isu Calon Perdana Menteri, Meskipun Tahu Belum Layak – Mohd Iskandar

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Naib Ketua UMNO Bahagian Setiu, Mohd Iskandar Jaafar menyifatkan kenyataan beberapa pemimpin Pas untuk mengangkat pemimpin daripada parti itu sebagai calon Perdana Menteri seperti percubaan untuk test market. Menurut beliau ia juga jelas menunjukkan bahawa mereka muflis idea dan hanya mementingkan matlamat untuk mendapatkan jawatan dan kuasa meskipun menyedari belum layak diangkat sebagai Perdana Menteri. […]

» Baca lanjut

Malaysia Terus Catat Pencapaian Membanggakan Dalam Keselamatan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Malaysia terus mencatat pencapaian membanggakan dalam aspek keselamatan sebagaimana dinyatakan Indeks Keganasan Global 2024 yang menunjukkan penurunan dalam ancaman keganasan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan Malaysia juga diletakkan sebagai negara ke-10 dunia dan kedua di Asia paling aman berdasarkan Indeks Keamanan Global 2024. “Namun, kita […]

» Baca lanjut
1 131 132 133 134 135 1,883