Malaysia Terima 182,520 Dos Tambahan Vaksin Covid-19 Pfizer-Biontech Esok

PUTRAJAYA, 23 Feb – Malaysia akan menerima 182,520 dos tambahan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech esok (Rabu), untuk edaran ke negeri-negeri yang belum menerima bekalan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, vaksin berkenaan yang dikeluarkan di Belgium dijadualkan tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada sebelah pagi […]

» Read more

Setiap Kementerian Berperanan Laksana Dasar Perpaduan Negara – Halimah

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Setiap kementerian berperanan menjayakan pelaksanaan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique. Beliau berkata dasar yang berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian itu dibangunkan bersama setiap kementerian dan menetapkan strategi jangka panjang dalam usaha berterusan untuk memupuk, mengukuh serta memelihara perpaduan rakyat. “Dasar dan rangka tindakan ini […]

» Read more

Lenggong Bakal Diiktiraf Geopark Kebangsaan Kedua Perak

IPOH, 23 Feb – Geopark Lenggong bakal diiktiraf sebagai tapak geologi Geopark Kebangsaan kedua di Perak pada Julai ini. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kementeriannya sedang menjalankan kajian akhir bagi melengkapkan dokumen untuk dibentangkan kepada Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad dalam masa terdekat. “Saya sudah mendapat persetujuan Menteri Besar dan beliau akan […]

» Read more

12,253 Unit Kediaman Residensi Prihatin Dibina Di Putrajaya

PUTRAJAYA, 22 Feb – Sebanyak 12,253 unit kediaman dengan keutamaan diberi kepada petugas barisan hadapan bakal dibina di Putrajaya menerusi program ‘Residensi Prihatin’, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata kementeriannya bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk membangunkan kediaman berkeluasan 750 kaki persegi itu, melibatkan 10 tapak projek pembangunan di Presint 5, 7, 11, 16 dan 19. […]

» Read more

SPM 2020: 401,105 Calon Mula Duduki Peperiksaan Dalam Norma Baharu

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Hari ini, seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dalam suasana negara masih berdepan pandemik COVID-19 yang menuntut mereka membawa ‘perisai’ tambahan. Selain berbekalkan pen dan ilmu pengetahuan seperti kebiasaannya apabila memasuki dewan utama peperiksaan, kelainan bagi calon SPM 2020 ialah mereka juga perlu membawa ‘perisai’ iaitu pelitup […]

» Read more

571,802 Anggota Barisan Hadapan Daftar Untuk Imunisasi COVID-19

PUTRAJAYA, 22 Feb – Seramai 571,802 orang anggota barisan hadapan mendaftar untuk mendapatkan imunisasi COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata daripada jumlah tersebut, 57.3 peratus terdiri dalam kalangan anggota perubatan dan kesihatan iaitu dengan 39.8 peratus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selebihnya 17.5 peratus pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi […]

» Read more

Daun, Bunga Pokok Teruntum Inspirasi Reka Bentuk Anjung Menara Kuantan 188

KUANTAN, 22 Feb – Daun dan bunga pokok Teruntum putih banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan suatu ketika dahulu, menjadi inspirasi kepada reka bentuk anjung Menara Kuantan 188, di sini, iaitu menara tinjau kedua tertinggi di Malaysia. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata inspirasi itu juga menyebabkan menara tertinggi di Pantai Timur itu terlebih dahulu dinamakan sebagai […]

» Read more

PKPD Asrama, Kilang Dan Tapak Binaan Central Medicare Hilir Perak Mulai Esok

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama, kilang dan tapak binaan Central Medicare di Hilir Perak mulai esok hingga 7 Mac depan.  Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan perintah itu berikutan terdapat 185 individu didapati positif COVID-19 di kawasan berkenaan. “Sehingga 19 Feb, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan […]

» Read more

COVID: 3,297 Kes Baharu, 4,456 Kes Sembuh, Lima Kematian

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kes baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini meningkat kepada 3,297 kes berbanding 2,461 semalam dengan lima kematian. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 3,291 daripada jumlah kes baharu hari ini adalah penularan dalam negara melibatkan 1,402 warganegara dan 1,889 bukan warganegara manakala enam adalah kes import menjadikan jumlah kumulatif kini adalah 283,569 kes. Beliau berkata bagaimanapun kes […]

» Read more

Kuantan Kini Bandar Raya, Agong Titah Kesejahteraan Rakyat Diutamakan

KUANTAN, 21 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Kuantan, ibu negeri Pahang, sebagai bandar raya dalam majlis bersejarah hari ini.  Al-Sultan Abdullah dalam titah Diraja, menzahirkan hasrat mahu melihat Kuantan yang mula wujud pada pertengahan kurun ke-19 menerusi sistem penubuhan Kuantan Sanitary Board pada 1 Ogos 1913 terus mencipta lebih banyak kejayaan sebagai sebuah […]

» Read more
1 1,318 1,319 1,320 1,321 1,322 1,937