Naikkan Umur Keahlian Puteri UMNO, Beri Ruang Masa Wanita Muda Dalam Politik – Ameera

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Pergerakan Puteri UMNO Pulau Pinang menyifatkan cadangan meningkatkan umur keahlian Puteri UMNO kepada 40 tahun sebagai penting untuk memberikan kelangsungan dalam melahirkan pemimpin bagi sayap parti itu. Ketuanya, Ameera Nadia Mohd Shafiee berkata ini kerana pihaknya sentiasa memandang serius soal kelangsungan kepimpinan Puteri, tanpa mengetepikan aspek kematangan berpolitik. “Berdasarkan tinjauan umum dan maklum balas yang […]

» Baca lanjut

Onn Hafiz Tekankan Pentingnya Kerjasama Negeri Dan Persekutuan Demi Kesejahteraan Rakyat

PUTRAJAYA, 5 Feb – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan amat diperlukan bagi memastikan setiap inisiatif dan agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat. Menurut beliau, pemanfaatan infrastruktur serta pembangunan ekonomi yang dirancang perlu memberi impak positif kepada Negeri Johor dan rakyatnya. “Semoga segala perancangan yang dilaksanakan […]

» Baca lanjut

Henti Berpolitik Di Dewan Rakyat, Manfaatkan Perbahasan Bawa Isu Negara – Manndzri

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menjunjung penuh titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk memanfaatkan persidangan Dewan Rakyat dengan membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara. Beliau berkata titah tersebut mengkehendaki perbahasan yang matang berbentuk ilmiah, berfakta bagi mengangkat aspirasi rakyat. “Sebab kadang-kadang di dalam dewan itu pun masih lagi tak berhenti dengan politik. Jadi […]

» Baca lanjut

Sedia Kerjasama Dengan UMNO… Kenyataan Pas Hanya Mahu Balas Dendam – Zawawi

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Kenyataan Pas yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO sekiranya berlaku pertukaran pimpinan adalah bermotifkan balas dendam. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, UMNO tidak pernah memperdagangkan bangsa dan agama untuk memecahbelahkan rakyat seperti yang dilakukan oleh Pas. “Kenyataan Hashim Jasin itu adalah bermotifkan balas dendam sebenarnya sebab sebelum ini pun Presiden, […]

» Baca lanjut

Ahmad Zahid Cadang Pengusaha Inap Desa Dikecualikan Kenaikan Tarif Elektrik

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya pengusaha inap desa dan kampungstay diberikan pengecualian daripada kenaikan tarif elektrik. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia susulan perkembangan pesat sektor inap desa dan kampungstay yang berjaya menarik minat hampir 830,000 pelancong domestik dan antarabangsa dengan […]

» Baca lanjut

Maritim, Ekonomi Angkasa, Pelancongan Perlu Diperhebat Untuk Masa Depan – Shahar Abdullah

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah menekankan pertumbuhan utama yang boleh membentuk masa depan ekonomi Malaysia iaitu maritim, pelancongan, ekonomi angkasa, dan ekonomi halal. Katanya, potensi Malaysia dalam sektor maritim yang mempunyai lebih 4,600 kilometer garis pantai, boleh menjadi peneraju dalam pembinaan kapal, pembaikan kapal dan teknologi marin. “Kesan limpahan ekonomi daripada Ibu […]

» Baca lanjut

Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada Keluarga Pengerusi Veteran UMNO Kelantan

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Veteran UMNO Kelantan Datuk Kamarudin Abdullah yang meninggal dunia pagi tadi. Menerusi catatan di platform X, Ahmad Zahid menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan besar khususnya buat rakyat di Kelantan. “Allahyarham banyak berjasa kepada UMNO dan masyarakat. Saya mengucapkan takziah […]

» Baca lanjut

Malaysia Komited Lindungi Hak Dan Kebajikan Pekerja Asing – Johari Ghani

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Kerajaan sentiasa memandang serius berkaitan isu pekerja asing termasuklah hal ehwal dan kebajikan mereka. Dalam hal ini Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata Malaysia secara rasmi telah meratifikasi Konvensyen  International Labour Organization (ILO) No. 29 (Buruh Paksa) yang juga dikenali sebagai Protokol 29 pada 21 Mac 2022 sebagai usaha menangani isu buruh paksa […]

» Baca lanjut

Cadangan Keluarkan MCA Seperti ‘Bermimpi Di Siang Hari’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA, sebaliknya komited mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen. Timbalan Perdana Menteri menyifatkan cadangan individu tertentu itu sebagai ‘bermimpi di siang hari’. “Kita tidak pernah terpengaruh dengan mana-mana desakan untuk menyingkirkan mana-mana parti komponen dalam […]

» Baca lanjut

Sekretariat Wanita Profesional (SWP) Tarik 120 Kanak-kanak Sertai Program Sunat Percuma

MELAKA, 4 Feb – Sekretariat Wanita Profesional (SWP) memainkan peranan penting dalam Program Sunat Percuma yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan DUN Paya Rumput, Melaka. Pengerusinya, Dr Masliha Harun berkata program ini dianjurkan oleh Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin. Katanya, program tersebut menarik penyertaan seramai […]

» Baca lanjut
1 117 118 119 120 121 1,880