PRK Ayer Kuning: Pilih BN, Parti Yang Sentiasa Membela Rakyat – Pandak

TAPAH, 22 April – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad menyeru rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning untuk memilih parti yang sentiasa membela rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar berharap agar jentera bekerja dengan lebih keras dalam tempoh berkempen yang berbaki beberapa hari […]

» Read more

Pemakaian Jalur Gemilang Semai Patriotisme, Elak Insiden Cemar Berulang – Mohd Zaidy

SEREMBAN, 22 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menyifatkan pemakaian lencana Jalur Gemilang dalam kalangan pelajar sekolah antara salah satu langkah berkesan dalam menyemai semangat patriotisme dan mengelakkan insiden mencemarkan identiti negara berulang. Beliau berkata, usaha menanam nilai cintakan negara perlu dimulakan seawal mungkin agar generasi muda membesar dengan jati diri yang […]

» Read more

PRK Ayer Kuning: SPR Sasar Lebih 70 Peratus Keluar Mengundi Sabtu Ini

TAPAH, 22 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan lebih 70 peratus pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Sabtu ini. Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun menasihatkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab lebih awal pada 26 April ini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Beliau berkata bagi proses pengundian […]

» Read more

Perang Saraf Terdesak Tidak Gugat Semangat Jentera Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 22 April – Wanita UMNO Malaysia mengambil maklum tindakan seorang bekas pemimpin Wanita UMNO negeri yang mengumumkan penyertaan ke dalam parti Pas ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sedang giat dijalankan. “Wanita UMNO berpandangan bahawa tindakan ini merupakan sebahagian daripada strategi perang saraf terdesak oleh pihak lawan, yang semakin buntu mencari sokongan […]

» Read more

Malaysia Puji Tindakan Pantas AHA Centre Tangani Kesan Gempa Bumi Di Myanmar

JAKARTA, 22 April – Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, hari ini memuji tindakan pantas Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA Centre) dalam menangani kesan gempa bumi yang melanda Myanmar pada hujung bulan lalu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Malaysia turut menyambut baik pengaktifan mekanisme tindak balas bawah Prosedur Operasi Standard bagi Pengaturan Siap Sedia […]

» Read more

Undi Awal PRK Ayer Kuning: Dr Ustaz Yusri Seru Pilih Calon BN

TAPAH, 21 April – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Ustaz Yusri Bakir menyeru para pengundi yang akan mengundi awal pada 22 April untuk memilih calon Barisan Nasional (BN). Ini kerana katanya, undi awal tersebut penting dalam menentukan siapa yang bakal mentadbir kawasan DUN Ayer Kuning selepas pilihan raya […]

» Read more

Rasional Mengundi, Pilih Wakil Rakyat Selari Kerajaan – Mahdzir

TAPAH, 21 April – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berharap pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning untuk rasional pada Pilihan Raya Kecil (PKR) ini dengan memilih Barisan Nasional (BN). Beliau berkata ini kerana ia penting untuk sesebuah kawasan berada di bawah wakil rakyat kerajaan sebagai jambatan bagi membawa suara rakyat dan pembangunan di kawasan […]

» Read more

Malaysia, Indonesia Perkukuh Sektor Pendidikan Berkaitan TVET

JAKARTA, 21 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan komitmen Malaysia untuk memperluas kerjasama pendidikan dengan Indonesia khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Beliau menyaksikan pertukaran dua Surat Hasrat (LOI) antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan Pemerintah Wilayah Jakarta dan Sumatera Barat serta satu lagi antara Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS) […]

» Read more

Cadangan Had Tempoh PM 10 Tahun, Gubal Akta Pendanaan Politik Masih Di Peringkat Libat Urus

PUTRAJAYA, 21 April – Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal serta penggubalan Akta Pendanaan Politik masih di peringkat kajian dan libat urus bersama parti-parti politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata, kedua-dua perkara, jika dikuatkuasakan akan turut terpakai di peringkat negeri. Azalina berkata demikian kepada […]

» Read more

Jangan Terperdaya Naratif Angkat Politik Melebihi Ibadah – Azhari

SHAH ALAM, 21 April – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, menggesa umat Islam agar tidak terperdaya dengan naratif yang mengangkat kepentingan politik melebihi ibadah, khususnya ibadah haji yang merupakan salah satu rukun Islam. Mengulas kenyataan kontroversi oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menyatakan bahawa memenangi politik umat Islam lebih penting daripada menunaikan ibadah haji, […]

» Read more
1 113 114 115 116 117 1,939