Selatan Global Muncul Sebagai Kuasa Penting Dalam Bentuk Semula Kerjasama – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 30 April – Negara Selatan Global perlu merintis haluan baharu dan tampil sebagai peneraju dalam membentuk semula kerjasama antarabangsa memandangkan kestabilan dan keselamatan ekonomi dunia kini semakin terjejas akibat sistem antarabangsa sedia ada, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. Berucap pada Mesyuarat Menteri Luar Rakan BRICS 2025 di Rio de Janeiro, Brazil pada Selasa, beliau berkata gelombang […]

» Read more

Mara Diarah Tawar Biasiswa Penuh Kepada Pelajar Orang Asli 5A Ke Atas – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 30 – Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah diarahkan supaya menawarkan biasiswa penuh kepada pelajar Orang Asli yang memperoleh keputusan 5A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu sebagai penghargaan atas usaha gigih dan ketekunan pelajar terbabit. “Semoga inisiatif ini membuka lebih banyak ruang dan membina […]

» Read more

Kebenaran Operasi Semula: Penternak Babi Di Paya Mengkuang Perlu Patuh Dua Syarat

MELAKA, 30 April – Penternak ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru di sini, perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan sekiranya mahu meneruskan semula operasi lading tersebut. Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata syarat utama ialah operasi ladang penternakan babi berkenaan, mesti dilakukan secara tertutup dan bukannya secara konvensional […]

» Read more

Manfaatkan Kemenangan BN Di Ayer Kuning Sebagai Batu Loncatan Depani PRU – Dr Azmi

KUALA LUMPUR, 29 April – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai batu loncatan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, kehadiran Perikatan Nasional (PN) pada PRK itu adalah dengan hasrat untuk mengurangkan majoriti kemenangan UMNO/BN […]

» Read more

MARA Bakal Perkenal Polisi Pembiayaan Kepada Pelajar Cemerlang SPM, Huffaz

KUALA LUMPUR, 29 April – Setiausaha Agung UMNO yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan institusi itu akan memperkenalkan polisi pembiayaan pembelajaran kepada para pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan. Beliau berkata ia akan ditawarkan bukan hanya kepada para pelajar MRSM Ulul Albab bahkan juga kepada pelajar huffaz daripada sekolah di bawah […]

» Read more

PRK Ayer Kuning: BN Buktikan Sokongan Rakyat Semakin Kukuh – Sollehin

KUALA LUMPUR, 29 April – Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning telah melabuhkan tirai dan keputusan rasmi sudah pun diperoleh apabila calon UMNO/Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir telah memperolehi 11,065 ribu undi manakala Pas memperoleh 6,059 undi. Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata keputusan ini menunjukkan bahawa BN kembali menjadi pilihan ramai di Ayer […]

» Read more

Pulau Konet Diwarta Dalam Cadangan MEC – Ab Rauf

MELAKA, 29 April – Pulau Konet telah diwartakan dalam cadangan pembangunan Koridor Tenaga Negeri Melaka (MEC) yang bertujuan untuk membesarkan Kawasan Perindustrian Telok Gong, Alor Gajah. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata antara cadangan pembangunan di bawah MEC termasuklah pembangunan industri maritim, industri sokongan perkapalan, industri sokongan minyak dan gas, pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta […]

» Read more

Jangan Terperangkap Naratif Songsang, Utamakan Perpaduan Sabah – Dr Salleh Said

KOTA KINABALU, 29 April – Bendahari UMNO Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan semua pihak supaya berpijak di bumi nyata dan tidak terperangkap dalam naratif songsang yang boleh menggugat perpaduan di Sabah. Beliau berkata, terdapat usaha pihak tertentu yang cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan […]

» Read more

Bibi Sharliza Sokong Usaha Kerajaan… Masjid, Surau Perkasa Syiar Islam Dan Penyatuan Masyarakat

KUALA LUMPUR, 29 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid menyokong penuh inisiatif kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan lebih banyak dana untuk menaik taraf masjid, surau, elaun guru KAFA. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan berkata ini kerana di kawasannya, masjid dan surau bukan sahaja sebagai tempat beribadat malahan sebagai pusat penyatuan […]

» Read more

KPTM Gua Musang Dibuka Semula, Fokus Kursus Berasaskan Industri

GUA MUSANG, 28 April – Pusat Pendidikan Tinggi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) di Gua Musang yang ditutup sejak 2019, bakal dibuka semula dengan penawaran kursus yang lebih relevan dan berdaya saing mengikut keperluan industri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata arahan untuk membuka semula KPTM itu, diberikan selepas mengambil kira keperluan pendidikan tinggi di […]

» Read more
1 104 105 106 107 108 1,939