Pas ‘Serang’ UMNO Untuk Tutup Kegagalan Di PRK Ayer Kuning – Razlan

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii, membidas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang didakwa cuba menutup kegagalan partinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan menyerang UMNO dan menyebarkan sentimen politik kebencian. Razlan berkata tuduhan kononnya UMNO kini “mempersuci Dap” adalah tidak berasas, malah […]

» Read more

Pemuda BN Ajak MCA Ke Meja Rundingan, Pertahan Muafakat

KUALA LUMPUR, 1 Mei — Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN), Hafiz Ariffin menyeru agar MCA kembali ke meja rundingan demi mempertahankan persahabatan politik yang telah terjalin sejak lebih tujuh dekad lalu. Beliau menegaskan bahawa kerjasama antara UMNO dan MCA bukan perkara baharu, malah merupakan pakatan politik paling lama dan bersejarah di negara ini, bermula sejak tahun 1952 di bawah panji […]

» Read more

Isu Pencerobohan Tanah Haram Raub, Alam Sekitar Terancam – Adzly Manas

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Pengamal Undang-undang, Adzly Ab Manas kecewa dengan pencerobohan tanah haram yang berlaku di Raub membabitkan tanah rizab milik kerajaan dan tanah rizab hutan. Tegasnya, kedua-dua tanah itu dilindungi dengan Kanun Tanah Negara (KTN) dan Akta Perhutanan Negara 1984 yang tertakluk di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri. Jelasnya, isu pencerobohan tanah untuk tanaman durian itu […]

» Read more

‘Jelajah Saling Mengasihi’ Wadah UMNO Lahad Datu Santuni Rakyat

LAHAD DATU, 1 Mei – UMNO Bahagian Lahad Datu meneruskan usaha proaktif dalam menyantuni masyarakat melalui Program ‘Jelajah Saling Mengasihi’ yang digerakkan oleh ketuanya, Sharif Musa Sharif Mabul. Ujarnya, program ini merupakan inisiatif kemasyarakatan yang bertujuan untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi dan menyampaikan bantuan secara langsung kepada mereka yang memerlukan. “Jelajah ini merupakan cerminan kepada komitmen sebenar UMNO […]

» Read more

Malaysia Teguh Perkukuhkan Multilateralisme Dalam Mesyuarat Menteri Luar Negeri BRICS

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Malaysia terus mengukuhkan peranannya di peringkat antarabangsa apabila menyuarakan komitmen yang teguh terhadap prinsip multilateralisme dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri BRICS yang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil. Mewakili Malaysia, Menteri Luar merangkap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, telah menyampaikan Kenyataan Negara dengan menekankan bahawa pendekatan pelbagai hala adalah amat penting dalam menangani […]

» Read more

Azalina Ucap Selamat Hari Pekerja, Tegaskan Komitmen Kerajaan MADANI Lindungi Hak Pekerja

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia sambil menegaskan komitmen Kerajaan MADANI dalam melindungi hak dan kebajikan pekerja di negara ini. Dalam perutusan sempena sambutan Hari Pekerja 2025, Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO menyifatkan golongan pekerja sebagai […]

» Read more

“Pekerja Kesuma Bangsa”, Tonggak Kemajuan Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga pekerja sempena sambutan Hari Pekerja 2025, dengan menggelar mereka sebagai “Pekerja Kesuma Bangsa” Menurut beliau yang juga Presiden UMNO, tenaga kerja negara, sama ada yang bertugas di pejabat, di lapangan, di kota mahupun di desa, semuanya memainkan peranan besar […]

» Read more

Konvokesyen Kali Pertama Sekolah Patriotik UMNO 11 Mei

KUALA LUMPUR, 30 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu akan mengadakan Konvokesyen Sekolah Patriotik bersempena sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-79, 11 Mei depan. “Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada malam ini telah mengadakan perbincangan dan memperincikan perkara-perkara berikut antara lain mengenai Konvokesyen Sekolah Patriotik. “Konvokesyen ini adalah kali pertama […]

» Read more

Terima Kasih Pengundi Dan Seluruh Jentera PRK Ayer Kuning – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 30 April – UMNO hari ini mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang sekali lagi memberikan kepercayaan  kepada parti berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut Sabtu lalu. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pada masa yang sama parti berkenaan juga menzahirkan penghargaan kepada seluruh jentera parti yang […]

» Read more

Sumbangan Prihatin UMNO Beaufort Bukti Komitmen Kepada Masyarakat

BEAUFORT, 30 April – UMNO Bahagian Beaufort terus mengekalkan komitmen menyantuni masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum, agama, mahupun fahaman politik. Ketuanya, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, pelbagai inisiatif kebajikan dan kemasyarakatan terus digerakkan secara aktif dan berterusan bagi memastikan rakyat di kawasan terbabit tidak tersisih daripada perhatian dan sokongan. Beliau memaklumkan, gerak kerja menerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Beaufort […]

» Read more
1 102 103 104 105 106 1,939