Kerajaan Perlu Tegas Kekang Fitnah, Hasutan Di Media Sosial – Puzi

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali berpandangan fitnah dan hasutan terutamanya di media sosial diumpamakan seperti budaya yang semakin galak dilakukan menyebabkan ia sukar dibendung dan semakin membarah dalam komuniti. Katanya, fitnah telah menyumbang kepada pelbagai impak negatif antaranya imej dan maruah individu yang turut memberi kesan kepada keluarga tercalar sehingga […]

» Baca lanjut

Laporan Bank Dunia Beri Realiti Membimbangkan, Bukan Sekadar Cabaran Ekonomi Tetapi Sosial Dan Politik Negara

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad berkata Laporan Bank Dunia baru-baru ini yang memberikan realiti bahawa enam daripada 10 rakyat Malaysia berisiko tercicir daripada arus pemodenan dan peningkatan taraf ekonomi amat membimbangkan. Beliau menyifatkan ia bukan sekadar cabaran ekonomi, tetapi juga cabaran kestabilan sosial dan politik negara. “Negara kita, kini berada di […]

» Baca lanjut

Lebih 70 Peratus Kanak-kanak Pra Tahfiz Tabika Kemas Kuasai 10 Surah

PORT DICKSON, 17 Feb – Lebih 70 peratus daripada keseluruhan 55,269 kanak-kanak yang mengikuti Program Pra Tahfiz Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berjaya menguasai 10 surah daripada Juzuk 30 (Juzuk Amma) pada tahun lalu. Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohd. Hanafiah Man berkata, pencapaian itu sesuatu yang membanggakan bagi kanak-kanak seawal usia lima hingga enam tahun menguasai hafazan […]

» Baca lanjut

Hubungan Malaysia-ASEAN Dengan China Perlu Terus Dibina Berasaskan Hormat, Kepercayaan Bersama

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Hubungan Malaysia dan ASEAN dengan China perlu terus dibina berlandaskan hormat dan kepercayaan bersama, terutama dalam memacu industri bernilai tinggi, inovasi serta pembangunan mampan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata, ASEAN perlu lebih proaktif dan menerima persaingan kuasa besar, peralihan ekonomi dan peluang kemajuan teknologi termasuk melalui […]

» Baca lanjut

Kepengerusian ASEAN: Malaysia Tumpu Usaha Asia Tenggara Kekal Stabil, Cabaran Geopolitik Antarabangsa

  KUALA LUMPUR, 17 Feb – Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin memaklumkan sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menggariskan tiga keutamaan Kepengerusian antaranya memberi tumpuan kepada meningkatkan usaha memastikan rantau Asia Tenggara kekal aman, stabil, selamat dan makmur ketika berhadapan cabaran geopolitik antarabangsa semasa. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata ia akan dilaksanakan menerusi membina keyakinan […]

» Baca lanjut

Asyraf Wajdi Terima Watikah, Sambung Perkhidmatan Sebagai Pengerusi MARA

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah menerima Watikah Pelantikan untuk menyambung perkhidmatan beliau selaku Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah menerima watikah tersebut daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin. “Pagi ini menerima Watikah […]

» Baca lanjut

Depani PRU… UMNO Lenggong Lakukan Persediaan Awal, Sasar Rampas DUN Kenering

KUALA LUMPUR, 17 Feb – UMNO Bahagian Lenggong telah memulakan persediaan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dan menyasarkan untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemering. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, perubahan landskap politik dan demografi pengundi menjadi cabaran tambahan untuk UMNO/Barisan Nasional (BN) ‘sustain and retain’. “Memang menjadi amalan […]

» Baca lanjut

Pihak Berwajib Perlu Berperikemanusiaan, Atasi Segera Isu Bekalan Air

KINABATANGAN, 17 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Jafry Ariffin menyeru pihak Jabatan Air Sabah untuk mengambil tindakan yang tuntas dan berperikemanusiaan dalam menangani masalah bekalan air yang sedang dihadapi oleh beberapa kampung di kawasannya. Ujarnya, keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana bekalan air adalah hak asas setiap rakyat dan sebarang kelewatan dalam menyelesaikan isu ini […]

» Baca lanjut

Siapa Memalukan: Dr Tajuddin Atau Dr Akmal?

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Tidak salah seorang professor bidang seni bina seperti Dr Tajuddin Mohd Rasdi menjadi penganalisis politik tetapi biarlah analitikal dan bebas, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi. Katanya, jika dibuat perbandingan antara Tajuddin dengan penganalisis politik lain seperti Dr Awang Azman Awang Pawi, Dr Azmi Hassan dan juga Dr Sivamurugan Pandian, […]

» Baca lanjut

Skuad Sayang 3K Malaysia, Sekretariat Wanita Profesional Anjur Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Saranan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini, Sekretariat Wanita Profesional (SWP) dengan kerjasama Skuad Sayang 3K Malaysia (Team Kesihatan) telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma. Pengerusinya, Dr Masliha Harun berkata, pogram ini diketuai oleh Komanden Kesihatan Skuad Sayang Malaysia merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Wangsa […]

» Baca lanjut
1 101 102 103 104 105 1,874