Ihya’ Ramadhan & Agihan Bantuan Fitrah MAIPs 2019

KANGAR 13 Mei–Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua MAIPs Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan bantuan fitrah kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan kepada wakil lima zon untuk diagihkan kepada para penerima di zon masing-masing. Majlis penyampaian itu diadakan sempena Program Ihya Ramadan 1440H di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail (MTSPJ) di sini, malam tadi. […]

» Read more

Rewang Memasak Bubur Lambuk

MASJID TANAH 12 Mei–Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyantuni Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Masjid Tanah yang diketuai oleh Datuk Latipah Omar yang mengadakan rewang memasak bubur lambuk. Bubur lambuk akan diedarkan kepada orang ramai di hadapan pejabat UMNO Bahagian Masjid Tanah pada jam 4.00 petang hari ini. Foto–FB AB RAUF YUSOH

» Read more

Jelajah Ihya’ Ramadhan Pemuda UMNO Malaysia

MARANG 12 Mei–Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asraf Wajdi Dusuki mengimamkan solat terawih berjemaah bersama para penduduk kampung dan jemaah di Kg. Cerang Cina, Marang selepas bersama-sama berbuka puasa, bacaan tahlil, solat maghrib, isya’ pada Program Jelajah Ihya’ Ramadhan Pemuda UMNO Malaysia ke Negeri Terengganu bertempat di Masjid Al-Baraqah, Kg. Cerang Cina, Maranghari ini. Foto–PemudaUMNO

» Read more

Jelajah Ihya’ Ramadhan Pemuda UMNO Malaysia

  MARANG 12 Mei–Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asraf Wajdi Dusuki mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk-penduduk di hadapan Masjid Al-Baraqah dalam Program Jelajah Ihya’ Ramadhan Pemuda UMNO Malaysia ke Negeri Terengganu bertempat di Masjid Al-Baraqah, Kg. Cerang Cina, Marang. Turut sama kepimpinan Pemuda UMNO Terenganu dan Pemuda UMNO Bahagian Marang yang dipimpin oleh Saudara Joe Rozi, Ketua Pemuda UMNO Marang […]

» Read more
1 1,613 1,614 1,615 1,616 1,617 1,853