Malaysia Tegas Mengenai Penyelesaian Dua Negara Konflik Palestin-Israel

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Malaysia hari ini mengulangi pendirian tegasnya berhubung penyelesaian dua negara bagi konflik Palestin-Israel.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pendirian Malaysia mengenai isu itu sentiasa konsisten iaitu menolak tindakan unilateral dan menyalahi undang-undang Israel yang mahu melaksanakan pelan memperluas kawasan Palestin yang didudukinya di Tebing Barat.

“Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel mengulangi pendiriannya sejak sejak sekian lama, iaitu penubuhan (negara) Palestin yang bebas menerusi penyelesaian dua negara, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur menjadi ibu negara Palestin sebagai satu-satunya penyelesaian yang boleh diusahakan terhadap konflik Palestin-Israel.

“Malaysia juga akan terus menyokong usaha konkrit dan ikhlas ke arah mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan itu melalui rundingan melibatkan pihak berkenaan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang relevan,” katanya dalam kenyataan.

Merujuk kepada perjanjian damai di antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat pada 13 Ogos, beliau berkata Malaysia melihat pemulihan hubungan di antara UEA dan Israel sebagai hak kedaulatan UAE.

Pemulihan hubungan UAE-Israel termasuk menggantung pelan peluasan kawasan Isreal di Tebing Barat. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.