Serah Sumbangan

KUALA LUMPUR 23 Mac–Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan bungkusan makanan serta minuman kepada Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM untuk diagihkan kepada anggota-anggota ATM yang terlibat dalam tugas bantuan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wisma Pertahanan. Sumbangan ini adalah daripada beberapa syarikat korporat kepada pihak Kementerian Pertahanan sebagai menghargai tugas yang dilaksanakan oleh anggota tentera membantu menguatkuasakan PKP. Foto–FB Ismail Sabri Yaakob

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.