Angkat Sumpah Menteri Besar Johor
JOHOR BAHRU 28 Feb–Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru di sini hari ini.
Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.