PEMANTAU Bantah Tindakan Terpilih Kerajaan Laksana Undang-Undang Akta Hasutan
KUALA LUMPUR, 11 Jun – Pemantau Malaysia Baru membantah dengan sekeras-kerasnya tindakan terpilih yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang bertindak menangkap dua individu di bawah Akta Hasutan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengantung sepandok atau banner yang menyokong kedaulatan DYMM Yang Di Pertuan Agong.
Pengerusinya, Datuk Lokman Noor Adam berkata, biarpun Pemantau tidak bersetuju dengan perkataan pendatang yang digunakan di banner tersebut terhadap Tony Pua dan Utayakumar, namun tindakan terpilih ini jelas bercanggah dengan prinsip ‘Rule of Law’ yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan.
“Kami berkata begitu kerana kerana penderhaka-penderhaka sebenar seperti Kadir Jasin dan Hishamuddin Rais yang secara jelas dan terang-terangan menghina Raja-Raja Melayu masih bebas tanpa ada sebarang tindakan yang saksama dari pihak PDRM.
“Kedua-dua individu ini telah secara terang-terang telah menghina dan mencabar martabat serta kedaulatan DYMM YDP Agong dan juga institusi Raja-Raja Melayu.
“Rakyat jelata mahu bertanya kepada kerajaan PH hari ini, adakah tindakan mengantung sepanduk dianggap sebagai kegiatan yang lebih menghasut jika mahu dibandingkan dengan impak negatif yang tercetus di kalangan rakyat dari artikel yang dikeluarkan oleh Kadir Jasin atau fitnah oleh Hishamuddin Rais dalam blognya ‘Tukar Tiub’?
“Kita juga mahu bertanya kepada kerajaan, bukankah laporan polis telah dibuat ke atas mereka namun mengapa waran tangkap masih belum dikeluarkan untuk Kadir Jasin dan Hishamuddin Rais?
“Adakah ini reformasi baru yang dijanjikan oleh kerajaan PH yang mencanangkan konsep ‘Rule of Law’, sedangkan mereka sendiri tidak mempertahankan dan melaksanakannya apabila kerajaan melaksanakan tindakan undang-undang terpilih yang dilakukan oleh kerajaan dalam isu ini?” tegasnya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Seterusnya, Lokman juga mempertikaikan adakah kerajaan hari ini hanya menumpukan pendakwaan mereka kepada rakyat marhain sahaja, manakala kenamaan Pro Pakatan Harapan diberikan imuniti dari tindakan undang-undang?
“Kami juga bertanya mengapakah Pimpinan Pakatan Harapan seperti Maria Chin dan Lateefa Koya mempertahankan Kadir Jasin dan Hishammudin Rais yang jelas bercanggah dengan Akta Hasutan 1948 di atas nama kebebasan bersuara dan kerajaan baru, tetapi sunyi sepi apabila dua pemuda yang mempertahankan Raja-Raja Melayu ditangkap di bawah akta yang sama.
“Pakatan Harapan haruslah ingat bahawa rakyat Malaysia sedang melihat dan menilai tindakan berat sebelah mereka yang jelas gagal mempertahankan keutuhan perlembagaan serta ‘Rule of Law’ yang menjadi agenda reformasi kerajaan Pakatan.
“Penangkapan dua individu ini juga jelas memperlihatkan bahawa janji mereka sekiranya menjadi kerajaan untuk menghapuskan Akta Hasutan sudah pun dibakul sampahkan ,”ujarnya. –MediaUMNO