Annuar Musa Tawar Diri Bertanding Timbalan Presiden UMNO
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti hujung bulan ini.
Dalam satu kenyataan medianya kepada UMNO- Online, beliau menjelaskan perkara berkenaan diambilkira setelah perbincangan bersama pimpinan parti.
“Mengambil kira situasi terkini dalam parti dan setelah berbincang dengan pemimpin- pemimpin kanan parti di peringkat nasional dan negeri, saya dengan penuh rasa tanggungjawab memaklumkan bahawa saya akan menawarkan diri untuk bertanding pada jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia dalam pemilihan parti keramat UMNO pada 30 Jun 2018 ini,” katanya di sini, hari ini.
Katanya lagi yang juga Ketua UMNO bahagian Ketereh, kepada Allah swt beliau berserah dan semoga segalanya berjalan dengan baik, dan kesetiaannya kepada parti demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara akan terus dipertahankan.Insya Allah.-MediaUMNO