Presiden UMNO Zahir Takziah Kepada Keluarga Dr Md Farid

KUALA LUMPUR, 21 Sept. – Presiden UMNO, Datul Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Wira Dr Md Farid yang kembali ke rahmatullah pagi ini.

“Saya dan keluarga mendoakan semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama hambaNYA yang beriman. Al- Fatihah,” katanya.

Dilaporkan, Allahyarham yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Pontian di sini pada pukul 6 pagi ini.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit