Kes Rogol Amah… Dap Melindungi Mangsa Atau Pemangsa?


KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Tindakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak merangkap Ahli Parlimen Beruas YB Ngeh Koh Ham membuat laporan polis kononnya ada pihak yang membawa ‘amah’ (warga Indonesia) yang mendakwa dirinya dirogol oleh Exco Kerajaan Negeri Perak yang juga ADUN Dap YB Yong Khoo Kiang merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan memalukan.

Demikian bidas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

Katanya, isu di sini adalah ‘amah Indonesia’ tersebut mengadu dirogol dan memerlukan pembelaan maka sudah pasti mangsa ini berada dalam ketakutan dan mengetahui kedudukan perogol beliau yang merupakan ‘orang berpengaruh’ dan pasti mangsa merasa keselamatan beliau terancam dan memerlukan perlindungan.

“Sepatutnya kita semua rakyat Malaysia memuji tindakan pihak yang membawa amah ke balai polis untuk membuat laporan tersebut.

“Apakah hanya kerana YB berkenaan ADUN Dap maka beliau kebal dari undang-undang atau ‘Untouchable’?

“Apakah kerana beliau seorang ADUN Dap maka dia bebas melakukan apa saja termasuk merogol?” soal beliau melalui kenyataan media hari ini.

Tegasnya, sebagai Ahli Parlimen dan Speaker Dewan Undangan Negeri dan lebih-lebih lagi sebagai pengamal undang-undang sepatutnya Ngeh merupakan orang yang paling awal untuk membawa amah ini ke balai polis untuk membuat laporan polis.

“Apakah tugas Ngeh sebagai pengamal undang-undang untuk melindungi pemangsa atau mangsa?

“Laporan polis tidak bermakna YB Yong telah dan terus dianggap bersalah. Pihak polis pasti akan menjalankan siasatan dengan rapi dan teliti mengikut SOP sedia ada. Pihak hospital akan menjalankan pemeriksaan rapi terhadap mangsa.”

Selepas itu katanya, barulah pihak polis menghantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan samada perlu mendakwa atau tidak.Jika ada kes prima facie barulah orang yang disyaki akan di tuduh.

“Saya difahamkan YB Paul Yong dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 376. Ini jelas bermakna wujud dan ada kes prima facie dalam kes ini.

“Tindakan Ngeh dilihat seolah-olah cuba mengganggu proses undang-undang dan cubaan mencampuri urusan yang tidak harus dicampuri sebagai seorang ‘orang politik’.

“‘Rule of Law’semestinya mencakupi semua pihak dan tidak terkecuali pemimpin bangsa Dap.”

Tegas beliau lagi, pihak Dap yang kononnya selama ini cuba menonjolkan kalangan mereka sebagai ‘juara’ kepada ‘rule of law’ kini jelas merekalah yang tidak menghormati malah membelakangkan ‘rule of law’.

“Saya berharap pihak berkuasa sama ada pihak polis, pihak pendakwaan malah pihak mahkamah tidak rasa tertekan atau dipengaruhi dengan laporan polis oleh YB Ngeh Koh Ham ini.

“Keadilan mesti ditegakkan. Undang-undang negara kita harus menjadi sebuah undang-undang yang melindungi ‘mangsa’ dan bukannya melindungi ‘pemangsa’,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Bera. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit