Mengadakan Perbincangan Bersama Ahli Dewan Negara
KUALA LUMPUR 18 Julai — Pengerusi Barisan Nasional yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perbincangan bersama ahli-ahli Dewan Negara di Menara Dato’ Onn PWTC petang ini. Turut sama Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Foto – MediaUMNO