Kerajaan Sepatutnya Tunjukkan Contoh Yang Baik
KUALA LUMPUR, 2 Julai – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan sepatutnya menunjukkan contoh yang baik sekiranya mahu anggota Parlimen pembangkang mengisytihar aset mereka. “Apa alasan mereka untuk mendesak pembangkang isytihar harta sedangkan harta kami semua boleh diakses oleh SPRM, jadi apa guna usul ini dibuat,” bidas beliau ketika bercakap kepada media di lobi Parlimen pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke Empat Belas 2019 di Bangunan Parlimen hari ini.- Foto : MediaUMNO