Perjuangan UMNO Bukan Retorik Politik, Laksana Khidmat Setiap Masa


KUALA LUMPUR, 20 Jun – UMNO sebuah perjuangan dan ia bukannya sekadar retorik politik yang melaksanakan khidmat dalam keadaan berkuasa sahaja, tegas Ketua UMNO Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat.

Katanya, komitmen UMNO bagi membantu rakyat bukan sekadar retorik semata-mata sebaliknya usaha murni ini telah dimulakan sejak penubuhannya 73 tahun lalu malah tidak pernah putus sehingga ke hari ini.

“UMNO sebuah perjuangan … ia bukannya sekadar retorik politik tetapi harus menjalankan tanggungjawab dan menguruskan pentadbiran yang efektif serta mengerakkan sayap-sayap UMNO khususnya dikalangan orang muda,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, kepercayaan masyarakat terhadap UMNO kian terserlah khususnya dikalangan orang muda apabila ramai golongan tersebut hari ini telah menunjukkan minat menyertai UMNO termasuk hadir dalam mesyuarat Cawangan UMNO yang lalu dan mengikuti persidangan Bahagian yang sedang berlangsung sekarang.

“Ini adalah satu perkembangan yang cukup baik bagi UMNO kerana golongan muda akan terus diberi peluang supaya parti ini terus menjadi platform yang terbaik bagi merencanakan agenda agama, bangsa dan negara.

“UMNO Hulu Terengganu sangat menekankan soal keahlian dan pendaftaran ahli baharu terutamanya dikalangan anak muda agar suara anak muda didengari dan diterima selaku ahli parti. Perjalanan ini turut disokong oleh mereka yang lebih lama dalam parti demi mencapai matlamat UMNO.

“Kami akan mengembalikan keyakinan rakyat selepas tragedi buruk melanda semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu dan kami akan melalui tiga fasa transformasi parti iaitu pemulihan keyakinan, mengukuhkan perpaduan dan mengembalikan kemenangan.”

Tambahnya lagi, penjenamaan semula UMNO Hulu Terengganu hampir masuk ke fasa akhir untuk memperbaiki, mengurus tadbir dan menggerakkan parti dengan sebaik-baiknya.

“Kami akan terus bekerja sepasukan untuk memenangi pada PRU ke-15 nanti … Insya-Allah.

“Dalam era ini UMNO Hulu Terengganu akan terus berusaha, membantu dan berkhidmat kepada ahli-ahlinya serta rakyat kerana UMNO masih diharapkan sebagai parti yang relevan dalam mencapai matlamat utama perjuangannya,” ujarnya lagi. – MediaUMNO.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit