Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-14

JAKARTA 25 November — Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selesai menyampaikan kenyataan negara pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-14 di Jakarta sebentar tadi. Malaysia sentiasa bersedia membantu negara anggota ASEAN apabila bencana melanda, termasuk menyokong usaha menggerakkan bantuan kemanusiaan secara bersama ke luar rantau atas permintaan negara terjejas, mengikut keperluan dan kemampuan ASEAN.

