Lawatan Penandaarasan ke Desa Mas, Kabupaten Gianyar

JAKARTA 25 November — Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneruskan lawatan penandaarasan ke Desa Mas, Kabupaten Gianyar yang cukup dikenali dengan seni ukiran kayu dan perusahaan kraf tradisionalnya dengan melihat sendiri pengukir tempatan menghasilkan karya mereka secara langsung. Kemahiran ini bukan sahaja terus diwarisi, malah dikembangkan menjadi sumber pendapatan kepada keluarga dan masyarakat setempat.

