Tolak Dakwaan Kaitkan UMNO Dengan Usaha Jatuhkan Tuanku Muhriz

SEREMBAN, 23 Nov – Wanita UMNO Negeri Sembilan memandang serius penyebaran dakwaan tidak berasas yang mengaitkan UMNO dengan usaha menjatuhkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Ketuanya, Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata, pihaknya menolak penyebaran naratif mengelirukan rakyat serta menggesa supaya halaman Facebook “Kami Viral” ditutup berikutan dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah.

Menurut beliau, pendirian UMNO jelas bahawa urusan pelantikan Menteri Besar diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Tuanku, selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan adat negeri.

“Pendirian UMNO jelas, urusan pelantikan Menteri Besar diserahkan kepada kebijaksanaan Tuanku, selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan adat negeri.

“Kami menolak penyebaran naratif yang mengelirukan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Wanita UMNO Negeri Sembilan menggesa agar penyebaran dakwaan sedemikian dihentikan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO