Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir mengiringi keberangkatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ke Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

