Penyampaian Insentif Khas ‘One-Off’ Bantuan Warga Emas Negeri Pahang

LIPIS 13 Nov–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bertemu masyarakat setempat sempena Majlis Penyampaian Insentif Khas ‘One-Off’ Bantuan Warga Emas Negeri Pahang di bawah Program Apresiasi Pahang 1st serta Inisiatif Makmur Pahang (IMP) Kluster Pertanian DUN Jelai yang diadakan di Dewan Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan 1, Lipis.
Alhamdulillah, menerusi inisiatif ini, Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM200 kepada setiap penerima, dengan jumlah keseluruhan RM42,200 melibatkan 123 penerima IMP Petani dan 88 penerima IMP Nelayan di DUN Jelai.

