Merasmikan Pembukaan Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 3J

LIPIS 12 Nov–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah merasmikan pembukaan Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 3J yang menghubungkan Kampung Seberang Jelai ke Kampung Relong, Lipis, sepanjang 11.7 kilometer di sini hari ini.
Pembukaan laluan ini pastinya membawa manfaat besar kepada penduduk setempat. Perjalanan harian menjadi lebih mudah, urusan pekerjaan, pendidikan dan perniagaan lebih lancar, selain memudahkan akses kepada perkhidmatan kesihatan.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO